Seringkali kita membaca rintihan pemandu Grab yang menjadi mangsa pengguna yang tidak bertanggungjawab yang membatalkan servis e-hailing selepas ditempah sekaligus membuatkan para pemandu terpaksa menanggung kos perjalanan ke lokasi pelanggan.

Kini, selepas Grab Singapura mula mengimplementasinya pada beberapa minggu yang lalu, Grab Malaysia nampaknya bakal memulakan perkara yang sama bermula 25 Mac ini untuk menjaga kebajikan serta memberi keadilan buat para pemandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan pengumuman yang dikongsikan Grab, caj pembatalan ini bakal dikenakan sekiranya para pengguna membatalkannya 5 minit selepas tempoh tempahan dibuat.

Screen Shot 2019-03-19 at 1.08.33 PM

Caj yang dikenakan buat servis GrabCar, JustGrab, GrabShare, GrabTaxi adalah sebanyak RM3 manakala Grab Car untuk 6 penumpang adalah RM4 dan GrabCar Premium pula sebanyak RM5.

Dari segi pembayaran denda yang dikenakan, pengguna yang menggunakan GrabPay bakal dipotong serta-merta manakala untuk pengguna yang menggunakan bayaran tunai, cas akan dikenakan pada tempahan seterusnya.

Sumber