Hari ini negara kita sudah mula memperkenalkan sistem pembayaran yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan kad debit atau kredit sahaja. Umumnya banyak terdapat di stesen minyak ataupun pasaraya. Dari sudut positif, bagi saya ianya memudahkan urusan pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai sekaligus risiko wang dirompak juga rendah.

Namun, ini bermakna ia bukanlah 100% selamat. Dalam dunia teknologi yang serba canggih sekarang, pelbagai taktik digunakan penjenayah untuk menjalankan operasi mereka dalam era digital termasuklah rompakan kad debit atau kredit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda salah seorang daripada pengguna yang membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun debit, ini adalah perkara penting yang mesti anda ambil peduli sebelum membuat apa-apa pembayaran menggunakan kad. Hal ini sebagai langkah keselamatan untuk mengelakan wang anda lesap dicuri penyamun digital.

Kebanyakkan daripada mangsa terperangkap dengan sejenis alat pengimbas khas yang digelar ‘Skimmer’. Alat ini membolehkan penjenayah mencuri data peribadi anda. Oleh itu pengeluar terminal kad kredit Ingenico telah mengeluarkan satu panduan khas untuk rujukan supaya anda dapat mengenal pasti antara terminal tulen (Ingenico iSC250) atau skimmer.

1. Ruang terminal skimmer jauh lebih besar berbanding yang original. Paling mudah lihat pada tempat masukkan kad.

2. Ciri utama yang mudah dikenal pasti ialah saiz skimmer jauh lebih besar berbanding yang tulen. Rujuk gambar di atas. Terminal pengimbas dibahagian kanan yang tulen tidak selebar skimmer.

3. Butang penekan pada skimmer lebih mudah ditekan dan kelihatan tidak begitu menyerlah.

4. Tiada lampu LED hijau. Ketika kad anda diimbas, pastikan lampu LED berwarna hijau yang terdapat di bahagian atas penjuru kiri menyala.

5. Kerap tergendala. Skimmer selalunya kerap tergendala atau memakan masa yang agak lama. Jadi, jika meragukan batalkan sahaja transaksi.

Selain daripada itu, langkah selamat lain yang mesti anda tahu ialah:

1. Mempunyai kad debit berasingan yang hanya mempunyai jumlah wang yang anda perlukan sahaja.

2. Mempunyai sambungan bersama perkhidmatan perbankkan seperti sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan bertindak balas terhadap debit yang tidak dijangka.

3. Hadkan pengeluaran tunai, jadi penjenayah tidak dapat mengeluarkan semua wang anda dengan serta-merta.

4. Jika kehilangan kad, segera hubungi pihak bank. Jangan endahkan perkara ini walaupun seminit.

5. Sesetengah bank anda menyediakan insurans untuk kad dengan menyediakan beberapa program khas seperti melindungi pelanggan mereka daripada penipuan dan pembayaran ganti rugi. Jika ada, elok dimanfaatkan.

6. Jika anda membayar dengan kad, pastikan pekerja tidak membawa kad jauh daripada anda. Jika di restoran, jangan biarkan pelayan restoran membawa kad anda. Risiko kad disalah guna mungkin berlaku, pastikan semua operasi berlaku di depan mata.

7. Selepas membuat pembayaran dengan kad, lihat resit anda dengan teliti. Pastikan pada bahagian jumlah tidak dibiarkan kosong.

Sumber