Mungkin ada diantara sudah lama tahu sebenarnya anda berpeluang untuk membuat pembayaran secara terus di 7-Eleven selepas anda membuat tempahan di Lazada. Nampaknya servis ini kini diperluas lagi dengan hasil kerjasama gateway payment diantara MOLPay dan 7-Eleven.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Caranya mudah sahaja, pengguna cuma perlu memilih medium pembayaran ‘Cash at 7-Eleven’ semasa membuat pembayaran di Lazada, seterusnya paparkan slip pengesahan sama ada melalui kertas yang dicetak ataupun melalui telefon pintar di kaunter 7-Eleven sebelum pembayaran dibuat. Pengguna akan menerima SMS sebagai sebaik sahaja anda membuat bayaran di 7-Eleven. Mudah bukan?

Fungsi ini juga lebih memudahkan orang ramai setelah kerjasama ini berjaya memberikan pengguna akses untuk membayar di mana-mana cawangan 7-Eleven seluruh Malaysia.

Sumber: Vinculumgroup

Nak tahu apa yang lagi best mengenai fungsi terbaru MOLPay bersama 7-Eleven ini? Kini pengguna berpeluang untuk membuat pembayaran selama 48 jam. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu terburu-buru untuk membuat pembayaran sejurus tempahan dibuat.

Nak cuba? Anda boleh layari laman web Lazada, dan pilih mana-mana barangan untuk didapatkan atau anda boleh dapatkan barangan trending masa kini iaitu Fidget Spinner dan pilih medium pembayaran ‘Cash at 7-Eleven’. Sangat mudah dan sesuai buat mereka yang tidak mempunyai akaun pembayaran secara online atau kad debit.

Sumber