Selepas tersiarnya notis yang membolehkan orang ramai duduk di premis Starbucks tanpa membeli makanan atau minuman terlihat semakin ramai anak muda yang menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Pastinya dengan sokongan WeChat Pay akan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk meluangkan masa di premis ini.

Penggunaan WeChat Pay ini cukup mudah kerana pengguna hanya perlu memilih ‘Wallet’, masukkan nombor kad kredit di pilihan ‘Bank Card’ dan kemudian pengguna perlu mengisi nilai ‘Wallet’. Pembayaran boleh dibuat dengan hanya menunjukkan kod pengimbas QR melalui pilihan ‘Quick Pay’ di kaunter pembayaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

wechat2

Bukan itu sahaja, dalam usaha untuk mempromosikan penggunaan aplikasi ini Starbucks juga menawarkan promosi khas untuk pengguna WeChat Pay dengan menawarkan Americano bersaiz grande dengan hanya RM1 sahaja pada 11 November hingga 25 November ini. Promosi tertakluk pada terma dan syarat.

wechat1