Bila menjelang raya, semua orang sibuk nak buat persiapan menyambut hari raya walaupun puasanya biasa-biasa sahaja. Dengan satu alasan kukuh, raya setahun sekali je. Oleh kerana keterujaan yang melampau, jadi amat kurang kita berhati-hati terhadap ‘keselamatan poket’ untuk hari selepas raya.

Bercakap atas pengalaman sendiri, kah! Dan sebagai peringatan bersama supaya tidak merana selepas raya, di sini ada beberapa pembaziran yang sering kita lakukan setiap kali menjelang raya tanpa sedar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Majlis berbuka puasa

Pembaziran yang berlaku awal sekali, majlis berbuka puasa. Ya! Biasanya kita sibuk nak buat majlis berbuka puasa, kalau sekali dua boleh tahan lagi. Ini dah siap susun jadual awal-awal majlis berbuka puasa daripada group kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, geng pejabat, orang kampung dan lain-lain.

Dan biasanya duit mesti collect seorang sikit. Paling sikit RM30.00 satu kepala. Kalau 10 kali dah RM300.00. Banyak tu. Itu belum masuk lagi belanja bazar ramadan yang hari-hari.

Gambar: Awani

2. Baju raya

Paling bahaya dan tak sedar. Lagi-lagi kalau nak beli baju raya yang berjanama. Kadang nak ikut trend punya pasal sanggup habis beratus ringgit untuk sepasang baju. Itu belum masuk t-shirt, kasut, atau beg duit lagi. Dalam tak sedar, boleh lesap RM500.00 sekali jalan saja.

3. Tukar baru

Dah macam kena pukau pula. Bila setiap kali menjelang raya, tabiat nak tukar semua baru ni mesti ada. Orang bujang gaya orang bujang, yang dah berumah tangga ragam lain pula.

Kalau dirumah, habis semua nak tukar baru. Dari langsir, kerusi, meja makan sampailah pinggan dapur. Semuanya nak set baru. Jenis yang tak fikir panjang, boleh lesap sampai ribu ringgit pun ada. Itu kalau cash, yang sanggup berhutang pun ada.

4. Kuih Raya

Ini pun satu lagi jenis pembaziran tanpa sedar. Beli kuih raya banyak-banyak. Macam-macam jenis kuih beli, padahal bentuk saja lain tapi rasa sama. Itu belum lagi persiapan untuk jamuan makan besar-besaran pada hari raya pertama lagi.

Nak jamu orang boleh, benda baik dah tu. Tapi kena juga ikut kemampuan, jangan sampai membazir dan merana diri sendiri. Alah, raya nanti orang bukan nak makan sangat. Sekadar ambil adat tunjuk muka dan sembang-sembang saja. Percayalah, ini realiti. Hahahha.

Gambar: Imgur

5. Beli mercun

Ini yang paling membazir dan tak berfaedah walaupun dah tahu. Beli mercun banyak-banyak sebab nak pesta malam raya nanti. Berdentum-dentum bunyi mercun, siapa paling kuat dia paling gempak sekali. Kalah raya cina.

Minat yang mendalam terhadap mercun boleh mencecah kos sehingga ratusan ringgit. Serius, membazir gila. Paling pelik, dekat uptown pun ada orang jual mercun. Memang cari duit raya sungguh depa ni.

Kalau ada juga kerap membazir dengan perkara-perkara yang disenaraikan di atas, mulalah berhati-hati dari sekarang supaya lepas raya masih lagi boleh bergembira.

Bebelanjalah dengan bijak, setakat ni berapa ringgit dah anda berhabis untuk raya tahun ni?