Ada dua kisah mengenai pembedahan ikan emas yang jarang-jarang kita dengar. Satu berlaku di England dan satu lagi di Australia.
Rupa-rupanya pembedahan ikan bukanlah perkara yang baru.

Kisah pertama

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang lelaki telah membayar sebanyak £300 kerana risaukan kesihatan ikan peliharaannya. Bayaran ini bagi pembedahan melegakan sembelit kerana tidak lawas buang air besar! Prosedur ini memakan masa 1 jam dan berjaya menyelamatkan nyawa ikan ini daripada mati akibat toksik yang berlebihan.

Kisah kedua

Ikan emas comel yang malang ini menghidap tumor di otaknya. Pembedahan ini mengambil masa 45 minit dan kosnya lebih murah iaitu $200 sahaja. Ia kini berumur 10 tahun dan dijangkakan boleh hidup 20 tahun lagi.

Pendapat kami: Untuk sesetengah orang, pembedahan ini mungkin tidak perlu. Kos membeli ikan emas yang baru adalah lebih murah dari merawat ikan emas yang sakit. Tetapi, kasih sayang dua manusia di atas pada haiwan kecil ini membuat kita berasa terharu.

Sumber : BBC News & Animals

Like page The Vocket di Facebook