Lebih 20 tahun Lauren Greenfield merakam keadaan pesakit pembedahan plastik di dalam bilik bedah dan pusat pemulihan menerusi lensa kameranya. Ia melibatkan minatnya terhadap hubungan luaran dan dalaman kulit wanita.

Hasil rakaman itu, Greenfield, juga seorang jurugambar telah menerbitkan buku “Generation Wealth” dan bakal menganjurkan pameran menggunakan tajuk yang sama pada September ini di Pusat Fotografi Antarabangsa New York.

Kebiasaannya hanya gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik ditonjolkan tanpa mendedahkan apa yang benar-benar dialami oleh pesakit sepanjang proses itu berlaku. Inilah yang berbeza dalam buah tangan Greenfield.

“Pertama kali saya rasa sedikit sakit apabila saya meletakkan kamera dan melihat proses face-lift,”…”Bahagian muka amat penting dan simbolik. Ia sangat sukar untuk melihat ia dicabut keluar,” ujar Greenfield.

Hasil kerjanya mendedahkan tisu badan dan darah dalam pembedahan kosmetik.

Amat Mengerikan

Bagi kita yang tak mengalaminya ia pasti amat mengerikan sehingga berdiri bulu roma apabila mengenangkan bagaimana kulit ditanggalkan dari otot-otot, tiub digunakan untuk mengalirkan cecair keluar/masuk dari badan, dan muka jadi bengkak.

Tapi tidak mengejutkan bagi pesakit yang memilih prosedur ini kerana baginya inilah cara terbaik untuk mengatasi masalah yang dialami. Disebabkan itu juga pesakit sanggup bertahan dalam usaha mencapai transformasi ajaib yang diidamkan.

Makin menjadi-jadi keyakinan pesakit apabila yang diidamkan itu jauh lebih baik berbanding jangkaan. Sampai satu tahap ia boleh jadi rutin buat pesakit agar dapat “melengkapi, meningkatkan, dan menunggu kesempatan” bahagian yang sesuai.

Bagi Greenfield, pesakit seperti didakyahkan pembedahan plastik ini diperlukan agar dapat tambah nilai diri sebagai seorang wanita dalam lingkungan budaya kehidupan pesakit. Sebenarnya ia telah mewujudkan satu masalah yang tidak wujud dalam realiti pesakit.

Atasi Masalah Tapi Perit Dilalui

Marilyn antara subjek Greenfield dalam projek ini. Garis tepi mulut membuatkan Marilyn (berusia 63 tahun ketika itu) kelihatan masam telah menjadikan dirinya rasa tertekan. Lantas dia mahu mengatasinya dengan menjalani prosedur kupasan kulit menggunakan bahan kimia pada 1998.

Agak dahsyat prosedur yang dilaluinya sehingga dia memberitahu Greenfield, “Saya fikir jika saya tahu segala-galanya tentang hal itu, saya mungkin tidak akan melaluinya.”

Gambar Sebelum

marilyn 1
Gambar: Lauren Greenfield

Gambar Semasa

marilyn 2
Gambar: Lauren Greenfield

Marilyn diberi sedatif sebelum prosedur bermula. Mukanya dicuci dengan formula bahan kimia bagi membuang bintik-bintik perang dan kedutan. Sel kulit baru akan menggantikannya selepas itu.

Cecair dalam cawan warna kuning cair itu ialah simen getah yang digunakan bersama kain pembalut selama 48 jam dan dia ditempatkan di fasiliti pemulihan “tersorok”.

Di rumah pula, Marilyn perlu elak cahaya matahari agar kulitnya tidak rosak. Pada hari ketiga Marilyn membasuh mukanya selepas prosedur pengupasan kulit.

Gambar Selepas

marilyn 3
Gambar: Lauren Greenfield

Membasuh mukanya pada hari ketiga.

marilyn 4
Gambar: Lauren Greenfield

Marilyn seterusnya menjalani proses pemulihan di rumah. Wajahnya kelihatan berbeza sekali terutama ketika mengalami pembengkakan.

“Saya terpaksa guna jari untuk buka sebelah mata supaya saya dapat melihat untuk bangun dari katil”…”Saya kelihatan seperti sesuatu daripada filem seram. Saya fikir jika saya tahu semua tentang ini, saya mungkin tidak akan menjalaninya. Tapi kadang kala lebih baik jadi sedikit bodoh.”

Anda boleh baca kisah selanjutnya dan melihat pelbagai gambar ngeri pembedahan di The Cut.