Nama Foxconn cukup terkenal sebagai sebuah syarikat dari China yang bekerja rapat dengan Apple untuk membekalkan cip untuk pelbagai jenis model iPhone sejak dahulu lagi.

Baru-baru ini Foxconn telah memperlihatkan prototaip tiga jenis kenderaan elektrik (EV) bersempena ‘Hari Teknologi’ syarikat tersebut. Kenderaan-kenderaan elektrik ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk menjadi pemain utama dalam industri automotif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketiga-tiga jenis kenderaan EV tersebut terdiri daripada sebuah SUV dikenali sebagai Model C, kereta sedan (Model E) dan bas (Model T). Kesemua kenderaan terbabit dijenamakan sebagai ‘Foxtron’.

Untuk pengetahuan semua, prototaip-prototaip ini bukan dibuat oleh pihak Foxconn sendiri, sebaliknya ia dibangunkan oleh sebuah pengeluar kereta Taiwan, Yulun Motor, yang diumumkan oleh Foxconn sebagai pelanggan pertama untuk platformnya.

“Cabaran terbesar kami adalah kami tidak tahu bagaimana membuat kereta,” kata ketua Foxconn, Young Liu semasa acara yang diadakan di Taipei, Taiwan pada Isnin lalu.

Foxtron Model C | Sumber Gambar: Paultan.org

Model C ini mempunyai kepanjangan 4.64 meter, 2.86 meter wheelbase dan boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang pada satu-satu masa. SUV elektrik crossover ini boleh bergerak sejauh 700km dan memecut 0-100km/j dalam 3.8 saat.

Kereta ini akan dipasarkan di bawah salah satu jenama Yulon Motor dan bakal dijual di dalam negara tersebut sekitar tahun 2023 nanti.

Foxtron Model E | Sumber Gambar: Paultan.org

Manakala Model E pula dihasilkan dengan kerjasama firma reka bentuk automotif terkenal, Pininfarina yang cukup terkenal mempunyai portfolio terbaik dalam membuat reka bentuk beberapa model Ferrari, Alfa Romeo, Ford dan Maserati.

Kereta sedan ini dilengkapi dengan beberapa aplikasi pintar yang canggih serta terkini seperti membuka pintu menggunakan pengesanan wajah, cermin pintar dan interface mesra pengguna.

Pihak Foxconn menyatakan Model E mempunyai kuasa sehingga 750hp, boleh memecut 0-100km/j dalam 2.8 saat dan bergerak sejauh 750km. Memetik dari artikel Paultan.org, kereta sedan EV mewah ini bakal dijual oleh pengeluar kereta yang tidak didedahkan dari luar Taiwan pada masa akan datang.

Foxtron Model T | Sumber Gambar: Paultan.org

Bas EV keluaran Foxconn, Model T dikenali sebagai sebuah bas canggih yang didakwa mampu membawa penumpang bergerak sejauh lebih 400km dengan kelajuan maksima 120km/j.

Produksi Model T akan bermula pada tahun 2022 dan bakal digunakan di dalam kawasan-kawasan bandar sekitar Taiwan.

Sumber Gambar: Carmagazine.co.uk

Menurut naib ketua Foxtron, Chi-Sen Tso, beliau memberitahu pihak media bahawa ‘kenderaan elektrik’ bakal menjadi perniagaan utama bagi Foxconn selepas ini. Beliau turut menganggarkan bahawa sektor ini akan bernilai sekitar USD35 bilion untuk syarikat tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang.

Nampaknya syarikat daripada China ini mengorak satu langkah kehadapan untuk menceburi bidang automotif memandangkan kenderaan pada masa hadapan kebanyakkan dikuasakan penggunaan elektrik serta dilengkapi teknologi pintar.

Seperti mana kita tahu Foxconn berpengalaman luas dalam pengeluaran cip teknologi elektronik sekaligus menjadikannya sebagai ‘langkah kanan’ buat mereka untuk bersaing dengan pengeluar kereta elektrik yang lain.

Pada awal tahun lalu, Sony menggemparkan dunia apabila memperlihatkan model kereta elektrik pertama mereka, ‘Vision-S’. Lihat kereta elektrik tersebut melalui pautan di bawah.

Sony Kejutkan Ramai Dengan Menyertai Industri Kereta Elektrik

HUAWEI Perkenalkan ‘Crossover’ Seres SF5, Hadir Dalam Dua Varian Bermula RM137,287