Bukanlah yang terawal namun masih tidak terlalu lambat untuk mengintegrasikan pembelajaran pengaturcaraan di peringkat persekolahan pada negara kita.

Datuk Yasmin Mahmood selaku Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) mengulas lanjut mengatakan pengaturcaraan bukan sahaja membantu pelajar memahami struktur proses sesebuah program malah turut membantu pelajar secara tidak langsung memahami pelajaran Sains dan Matematik.

FENG7752_google_malaysia_ministry_of_finance_20160718_620_410_100

Dikatakan beberapa sekolah akan dipilih sempena program ini bagi mengkaji keberkesanan serta memantapkan lagi pembelajaran apabila diimplemen secara menyeluruh. Program yang diumumkan ini bukanlah idea baru daripada MDEC memandangkan sudah hampir 22 sekolah yang sudah mengikuti pembelajaran ini pada tahun lepas.

Dalam pada itu, Datuk Yasmin Mahmood mengulas pembelajaran pengaturcaraan dan sains komputer ini bakal menjadi aspek penting dalam terhadap pemikiran aras tinggi. Program ini juga bakal bermula diumumkan sepenuhnya pada Ogos ini.

Berikut merupakan info lanjut daripada Amanz mengenai idea MDEC mengenai pembelajaran pengaturcaraan di peringkat sekolah.