Memiliki sebuah jentera Lamborghini pastinya merupakan impian buat ramai lelaki. Ditambah pula dengan model Huracan Spyder yang hadir dengan kuasa kuda yang tinggi serta rekaannya yang cukup memukau.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki iaitu Calogera Caruso tekad untuk saman pengedar Lamborghini Montreal selepas Lamborghini Huracan Spyder berwarna putih yang dibeli buat anaknya bertukar menjadi warna kuning.

Cn8jvR_XYAAIupq
Sumber: Twitter Lamborghini Montreal

Secara logiknya, sememangnya warna putih pada sebarang kereta lama-kelamaan bakal bertukar menjadi warna kuning namun agak ironi apabila Lamborghini Huracan Spyder yang baru sahaja dibelinya sudah menampakkan kesan warna kuning selepas beberapa hari.

Lebih pelik, Caruso dikatakan hanya menyimpan Lamborghini beliau di dalam garaj dan tidak didedahkan di bawah sinaran matahari yang mungkin menyebabkan kepada pertukaran warna cat.

Untuk pengetahuan, Caruso dikatakan sanggup menggadaikan rumahnya semata-mata untuk memenuhi impian anaknya dengan memiliki sebuah Lamborghini Huracan Spyder.

b09915ec68741a572a2bd998f4664b07
Sumber: Pinterest

Dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, Lamborghini dengan rela hati sedia menawarkan servis mengecat semula kereta beliau namun ditolak kerana dikhuatiri bakal menjatuhkan nilai kereta.

Beliau kemudiannya memilih untuk menyerahkan semula kereta tersebut serta menuntut ganti rugi sebanyak $416,000 (RM1.71 juta) beserta kos tambahan berikutan faktor tekanan dan kehilangan hari bekerja.

Sebelum ini, Lamborghini berjaya membuat kejutan kepada dua beranak ini selepas berhempas pulas hasilkan Lamborghini Aventandor secara DIY.

Bermula Sebagai Projek DIY, Dua Beranak Ini Dikejutkan Dengan Hadiah Lamborghini Aventador Sebenar

Enam Kereta Lamborghini Huracan Disita Jabatan Kastam Malaysia