Sejak Apple melancarkan siri iPhone 12 tanpa penyertaan charger, dapat dilihat jenama ini telah mendapat kecaman daripada orang ramai. Apple juga turut diperli Samsung dan Xiaomi kerana tidak menyertakan charger atas alasan menyelematkan alam sekitar.

Semuanya tidak lama apabila Xiaomi pada hari ini buat pertama kalinya telah memperkenalkan model Xiaomi Mi 11 dengan pilihan untuk tidak mendapatkan charger bersama. Seperti juga Apple, Xiaomi memilih untuk menawarkan pilihan ini dengan alasan untuk menyelamatkan alam sekitar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ezgif-2-dd7e824d15c8

Walau bagaimanapun, para pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan charger 55W GaN bersama atau tidak bersama charger sewaktu membuat pembelian.

Berbeza dengan Apple, Xiaomi berjaya menawarkan kedua-dua variasi bersama charger atau tanpa charger dengan harga yang sama sahaja. Tahniah diucapkan buat Xiaomi atas inisiatif yang menarik ini.

Sebelum ini, jenama Xiaomi pernah memperkenalkan charger 20W khas buat pengguna iPhone 12 serendah RM24 sahaja.

Xiaomi Perkenalkan ‘Charger’ 20W Khas Buat Pengguna iPhone 12 Serendah RM24

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi