Di awal usia kerjayaku, aku amat-amat terbeban dengan sejumlah hutang ‘jahat’ yang terpaksa aku ambil ketika itu. Maklum sahajalah, dengan gaji yang agak kecil mana mampu untuk aku menghadirkan beberapa keperluan yang aku agak wajib pada ketika itu.

Lantas, kad kredit Citibank ditala sebagai modal perkahwinanku. RM5,000 aku gunakan. Masih tidak cukup, maka pinjaman peribadi HSBC Bank dengan jumlah RM10,000 sebagai backup.

Selang beberapa tahun kemudian, satu lagi personal loan Al-Rajhi bank sebanyak RM5,000 aku ambil untuk memenuhi keperluan kereta yang lebih besar dari Perodua Kancil iaitu Proton Iswara sebagai persiapan menyambut beg pampers dan bakul susu permata hatiku.

Jika dihitungkan, kesemua pinjaman tersebut telah mengganggu cashflow bulanan aku sebanyak RM450-RM500 sebagai installment yang perlu dibayar bagi kesemua hutang di atas. Sedih bukan?

Justeru, aku tidak langsung hairan apabila pada kelas hartanahku ahad lepas, aku ditanya oleh sepasang suami isteri tentang cara terbaik untuk melangsaikan hutang-hutang ‘jahat’ mereka yang jumlahnya hampir sekali ganda dari jumlah hutang aku.

Lalu solusi berikut aku kongsikan kepada mereka berdasarkan pengalaman aku sendiri:

1. Aku membeli rumah. Ya, apartmen 3 bilik di Subang 2. Beli menerusi lelongan pada harga di bawah nilai pasaran sekitar tahun 2007 bernilai RM26,000 manakala harga pasaran bagi hartanah tersebut bernilai RM55,000 pada ketika itu.

2. Untuk depositnya, aku sekali lagi ‘meminjam’ dari kad kredit yang telah dinaikkan hadnya, namun jumlahnya tidaklah besar. Kurang dari RM5,000 yang seterusnya menjadikan jumlah besar baki hutang ‘jahat’ aku ketika itu kurang lebih RM20,000.

3. Apartmen tersebut kemudiannya aku lakukan ‘loan’kan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM23K dengan jumlah installment sebanyak RM77 sebulan. Terima kasih RHB Bank kerna sudi memberi pinjaman sekecil itu.

4. Usai proses tukar hakmilik selesai lebih kurang setahun, apartment tersebut aku cagarkan kembali ke OCBC Bank dengan margin pinjaman sebanyak 80%. Jumlah yang aku perolehi selepas proses refinancing tersebut adalah sebanyak RM44K manakala instalmen bulanan aku hanyalah sejumlah RM217 sebulan.

5. Nasib baiklah urusan untuk proses refinancing ini jumlah yang diperlukan tidak begitu besar dan pakej pembiayaan tersebut turut menampung beberapa kos yang terlibat. Alhamdulillah.

6. Selesai sahaja proses tersebut, sejumlah RM21K berada dalam genggaman aku dan jumlah tersebut aku gunakan untuk melangsaikan baki hutang-hutang ‘jahat’ aku yang berjumlah RM18,500 pada masa itu.

Lega sungguh kerana sudah terhapus sejumlah RM500 dari senarai hutangku dan walaupun digantikan dengan installment refinancing yang baru iaitu RM217, tetapi jumlah tersebut langsung tidak mengusik gaji bulananku kerana dibayar oleh si penyewa. And Abang Ensem was happily live, ever after.

Itulah sebabnya aku sering tegaskan kepada anak-anak muda. Belilah rumah di awal usia. Walaupun kecil tidak mengapa. Kerana hutang ‘jahat’ yang terpaksa anda buat kelak, akan ditampung oleh aset rumah yang sedia ada. Selamat tinggal hutang ‘jahat’