Pada tahun ini, dapat kita saksikan motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z dan 125zr masing-masing melonjak harga serta mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan harga sehingga RM70,000 dan RM85,000. Status model yang tidak lagi terjual di pasaran sekaligus membuatkan motosikal ini dilabel rare di kalangan peminat.

Terbaharu, tular pula sekumpulan YouTuber iaitu Geng Tayar Besar selepas mereka keluarkan sebuah video yang mendakwa mereka berjaya mendapatkan Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2010 melalui sebuah kedai motosikal di Pasir Gudang dengan harga RM100,000.

Difahamkan YouTuber ini sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya berikutan status motosikal yang dalam kondisi New Old Stock (NOS) meskipun dikeluarkan sedekad yang lalu.

Harga pembelian sehingga RM100,000 daripada kumpulan YouTuber ini secara tidak langsung telah mengundang kepada pelbagai komen di kalangan netizen dimana ramai daripadanya mengatakan harga pembelian bagi model ini adalah tidak masuk akal.

Selang tiga hari selepas video di muat naik, terdapat pula pihak yang membongkar harga ‘sebenar’ Yamaha RX-Z yang dibeli Geng Tayar Besar dimana model ini bukanlah terjual pada harga RM100,000 seperti yang didakwa sebaliknya kumpulan ini berjaya mendapatkan motosikal ini dengan harga RM45,000 sahaja.

Selain daripada harga pembelian yang didakwa tinggi, terdapat pula individu yang membongkar status Yamaha RX-Z dimana ianya bukanlah NOS sebaliknya adalah model restore daripada kedai tersebut.

Screen Shot 2020-09-20 at 8.50.35 PM

Berdasarkan pembongkaran yang dibuat, para netizen meluahkan kekecewaan terhadap YouTuber Geng Tayar Besar yang sanggup kelentong harga pembelian serta status Yamaha RX-Z semata-mata untuk mengumpul jumlah tontonan yang tinggi.

Setakat artikel ditulis, pihak Geng Tayar Besar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Yamaha RX-Z dengan harga mencecah enam angka seperti yang didakwa. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada kumpulan YouTuber ini.

Pada bulan lalu, motosikal Yamaha 125zr edisi terhad ini telah terjual dengan harga sehingga RM85,000 berikutan statusnya yang sangat rare. Turut dikongsikan, kisah mosikal RX-Z yang ditawarkan pada harga RM70,000.

Selepas RX-Z RM70,000, Giliran Yamaha 125zr Pula Terjual Dengan Harga RM85,000

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000