11.3 kilometer dari sempadan Syria, dua pemuda Amerika telah mendaftarkan diri di kem pelarian Zaatari, Jordan agar dapat tinggal selama 30 hari bersama-sama 85,000 pelarian dari Syria.

Zach Ingrasci dan Chris Temple memasang khemah khas sebelum memulakan penggambaran dokumentari adalah filmmakers pertama yang mendapat kebenaran itu dari United Nations.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tujuan Salam Neighbor dibikin bagi mendedahkan apa yang dijalani seharian oleh orang Syria di situ. Bunyi macam tipikal kem pelarian yang lain tapi ia masih membuka mata terhadap krisis yang dihadapi.

Bayangkan mereka sendiri berasa sedih dan jatuh air mata jantan mereka semasa berada di sana. Jika ia bukan satu kisah yang menginspirasikan orang ramai untuk bertindak, mereka tidak akan merakamkan ini.

Dokumentari terbitan Living On One dan 1001 Media ini melibatkan kerjasama antara Save the Children, agensi pelarian United Nations dan International Rescue Committee melampaui fakta, angka dan statistik kerana ia membawakan kisah benar dan kondisi sebenar kem pelarian Zaatari.

Zach dan Chris turut berkongsi dengan netizen apa yang berlaku di sebalik pembikinan Salam Neighbor di Reddit AMA (Ask Me Anything) selepas Salam Neighbor boleh ditonton di Netflix.

1. Proses Pelarian Yang Patut Diketahui Umum

Gambar: alarabiya.net (AP Photo/Mandel Ngan, Pool)
Gambar: alarabiya.net (AP Photo/Mandel Ngan, Pool)

Dari segi definisi, pelarian ialah orang yang terpaksa meninggalkan negara mereka. Setiap pelarian daripada 85,000 pelarian di kem Zaatari mempunyai cerita yang akan mematahkan hati anda tetapi ia juga terisi dengan harapan.

Jiran kami bernama Ismail belajar untuk menjadi seorang guru bahasa Perancis apabila bandarnya dibom dan dia terpaksa melarikan diri. Perkara yang paling dia mahu sekarang adalah untuk memulakan semula pengajian di kolej yang tidak tersedia di kem pelarian Za’atari.

Nasib dia baik bersama dengan sebilangan kecil pelarian yang mendapat peluang ditempatkan semula di negara lain di mana dia akan dapat untuk memulakan semula pendidikan di Kanada.

Ismail adalah watak utama dalam filem kami jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau.

2. Pengalaman Yang Paling Digemari

Gambar: Wall Street Journal
Gambar: Wall Street Journal

Setakat ini perbubungan dengan pelarian itu ialah kegemaran saya dan paling memberikan pengalaman yang berharga. Kami dapat bertemu wanita seperti Um Ali – yang telah mengumpul sampah di sekitar kawasan kem dan membuat tenunan menjadi bakul dan seni untuk dijual. Dia juga mula mengajar kanak-kanak lain untuk melakukannya.

Apabila anda melihat cerita-cerita seperti itu, anda sedar bahawa diri pelarian itu sendiri benar-benar adalah penyelesaian dan merupakan orang-orang yang kita perlu melabur. Anda boleh melihat coretan dari cerita Um Ali di Atlantik hari ini juga.

3. Pengalaman Yang Paling Tidak Dijangkakan

Gambar: aljazeera.com
Gambar: aljazeera.com

Kami mendapati terdapat restoran yang dikendalikan oleh pelarian yang mempunyai servis penghantaran makanan terus ke khemah anda. Bagaimana mereka boleh mencari khemah anda masih menjadi misteri memandangkan tidak ada alamat atau jalan-jalan yang ditetapkan!

Ini menunjukkan kepada kita bahawa pelarian telah membina bandar manakala PBB telah membina kem. Kini terdapat lebih dari 3,000 perniagaan di kem dan ekonominya bernilai berjuta dolar. Ramai yang membuat kerjasama antara orang Jordan dan orang Syria. Salah seorang pengusaha yang kami temui boleh mengubah sampah menjadi hasil seni!

4. Kisah Dalam Syria Oleh Orang Pelarian

Sekarang terdapat 4.8 juta pelarian Syria di luar negara dan 6.6 juta orang pelarian dalam Syria yang mempunyai pelbagai pengalaman (ada yang baru jadi pelarian dan ada yang sudah lama jadi pelarian). Sesetengah orang mempunyai keperluan mendesak dari segi keperluan asas seperti makanan, air dan tempat perlindungan, sementara itu ramai telah kehilangan tempat selama 4 tahun dan sedang memikirkan cara-cara yang hampir tidak mengejutkan mereka lagi berkaitan kehidupan di sini.

Kita perlu berfikir mengenai kedua-dua krisis sebagai satu tindak balas kemanusiaan jangka pendek dan keperluan kerja pembangunan dan pendidikan jangka panjang. Walaupun kami tidak melihat kekurangan zat makanan yang teruk di dalam kem itu, kami telah mendengar banyak cerita orang yang menyatakan ramai orang di dalam Syria kelaparan kerana mereka tidak dapat akses kepada bantuan.

5. Sumber Yang Amat Diperlukan

Gambar: trbimg.com
Gambar: trbimg.com

Saya akan mengatakan bahawa ia melangkaui apa saja, pelarian perlu hak untuk bekerja supaya mereka boleh mula membina semula kehidupan mereka. Untuk ke arah itu, ia akan bergantung kepada anjakan asas bagaimana kita berfikir tentang pelarian. Berikut adalah kajian yang luar biasa daripada Oxford yang boleh membantu kita ke arah itu.

Temubual bersama produser-produser Salam Neighbor: Salam Darwaza, Mohab Khattab, Zach Ingrasci dan Chris Temple