Syarikat yang memfokuskan kepada permainan telefon pintar iaitu Supercell yang popular dengan permain Clash Of Clans kini hadir dengan pemainan terbaru mereka yang diberikan nama Clash Royale.

Clash Royale sudah dibangunkan beberapa bulan yang lepas dan akan dikeluarkan buat iOS dan Android sekitar bulan Mac ini.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

Baca: Bagaimana Clash Of Clans Jana $1.5 Juta Sehari

Clash Royale ini sedikit berbeza dengan Clash Of Clans. Fungsi Online Multi-player hadir dengan permainan secara live. Setiap pemain akan mempunyai 2 menara dan satu istana untuk bertahan. Misinya adalah untuk mengawal bangunan – bangunan anda daripada dimusnah pihak musuh.

Cara permainan juga agak kompleks dan para pemain diberi lebih banyak pilihan untuk mengubah suai bersesuaian dengan cara mereka menyerang/bertahan.

Permainan Clash Royale akan dikeluarkan secara berjadual mengikut negara dan dijangka semua pemain dapat download di Play Store sekitar bulan Mac ini.

Baca lagi: Guru Add Math Tarik Minat Muridnya Belajar Dari Game Clash Of Clans

Anda Mungkin Suka