Putrajaya antara destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Bukan sahaja miliki keunikan reka bentuk bangunan tetapi Putrajaya juga memiliki landskap yang indah sekaligus menarik perhatian ramai.

Menurut laporan, Putrajaya bakal tampil dengan Putrajaya Steps untuk menarik pelancong yang meminati aktiviti rekreasi dan riadah. Difahamkan, pembinaan Tangga Putrajaya Steps kini sudah 80% siap.

Difahamkan, projek laluan pejalan kaki ini yang direka dengan anggaran ketinggian 30 meter berkonsepkan taman yang menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana. Malah, Putrajaya Steps juga sesuai untuk aktiviti senaman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk panjat 250 anak tangga di Putrajaya Steps ini. Akan tetapi, ada juga yang mempertikaikan pembinaannya.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap selepas projek ini selesai, ia akan ‘dijaga’ dengan baik. Malah, segelintir netizen juga berkata sudah banyak projek rekreasi telah dibuat di Putrajaya dan seharusnya projek seperti ini dibuat ditempat lain bukannya hanya tertumpu di Putrajaya sahaja.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi ‘hot spot’ yang boleh anda kunjungi pada pautan di bawah ini.

‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Pertama Di Dunia, Taman Tema Air ‘Mudah Alih’ Angry Birds Dibuka Di Semenyih

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak

Sumber