Igauan ngeri pengguna jalan raya di sepanjang tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menjadi kenyataan semalam apabila sebuah kereta dihempap kepingan dinding parapet yang terjatuh dari struktur binaan lebuh raya berkenaan.

Kereta mangsa ranap tetapi mangsa kejadian berkenaan terselamat dan cuma cedera ringan daripada insiden ngeri tersebut. Justeru itu, pihak Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (PROLINTAS) telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja di tapak projek pembinaan SUKE berkuat kuasa serta-merta.

SUKE dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak mereka. “Sehubungan itu, pihak SUKE telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta-merta di tapak kejadian dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam menjalankan siasatan.

“Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta terbabit,” katanya.

“Segala kesulitan timbul daripada insiden itu amat dikesali. SUKE akan memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkat dari semasa ke semasa demi keselamatan semua,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklum balas boleh menghubungi pihak SUKE di laman rasmi mereka di sini.

Berikut merupakan kemalangan lain yang turut menjadi bualan pengguna media sosial baru-baru ini. Klik pada pautan di bawah.

Masuk Lorong Kecemasan Sesuka Hati Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Kereta Camry Telah Ditahan

Tular Kemalangan Didakwa Berpunca Minyak Atas Jalan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Menurut Polis

Sumber