Kecoh sejak semalam di media sosial apabila terdapat spekulasi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri bakal membuat pengumuman pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Perdana Menteri tampil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara buat kali yang kedua dalam tempoh terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi laman Twitter memaklumkan pintu protokol yang lazimnya ditutup pada cuti umum dilihat dibuka sekaligus menguatkan lagi spekulasi.

Difahamkan pihak pengamal media sudah mula berkampung di hadapan pintu protokol bangunan berkenaan sejak jam 8 pagi ini dalam menantikan pergerakan Perdana Menteri dan mendapatkan perkembangan terkini.

Sementara itu, beberapa ahli politik melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming seolah memberi petanda bakal berlaku pembubaran parlimen pada hari ini.

Sekiranya Parlimen dibubarkan hari ini iaitu sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, PRU kemungkinan diadakan pada minggu pertama November, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU 2013 dan 2018.

Sumber