Pembukaan IKEA pada 14 Mac lalu di Batu Kawan, Pulau Pinang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang sepanjang 1km kerana orang ramai yang mengunjungi tempat tersebut. Ianya merupakan cawangan pertama yang dibuka di Pulau Pinang dan mula dibuka pada jam 10 pagi.

Orang ramai yang datang untuk melawat cawangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang sejauh 1 kilometer. Tambahan pula bermula pembukaan IKEA pada 14 Mac hingga 17 Mac, tempat letak kereta diberikan secara percuma kepada pengunjung yang datang. Manakala pengunjung yang membuat pembelian di IKEA juga boleh menikmati tempat letak kereta bersubsidi untuk 3 jam pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
54462426_2355880851316053_3921484816909860864_o (1)
Sumber: Penang Kini
53817050_2355881044649367_625161034285449216_o
Sumber: Penang Kini

Pembukaan cawangan IKEA di Pulau Pinang ini juga merupakan yang kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai ruang kedai seluas 43,678 meter persegi. Manakala cawangan IKEA yang pertama terbesar pula merupakan IKEA Tebrau yang mempunyai keluasan 46,713 meter persegi.

Bagi menampung kemasukan pelawat, IKEA Batu Kawan telah menyediakan sejumlah 1,955 tempat letak kereta dan perkkhidmatan bas ulang alik percuma yang bergerak di antara cawangan IKEA dan Penang Design Village.

Buat anda yang masih belum mengunjungi cawangan IKEA yang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang, adakah anda sanggup untuk mengunjungi cawangan tersebut dengan risiko kesesakan lalu lintas yang teruk?