Nota Editor : Post ini asalnya diterbitkan di Facebook Tuan Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor. Beliau adalah seorang pensyarah, pendakwah dan aktivis kemasyarakatan dengan baik hatinya telah memberikan kebenaran kepada The Vocket untuk mengulangsiar post beliau ini.

Petikan dari MyHealth.gov.my, buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak media sosial menjadi sebahagian dari kehidupan pengguna internet di Malaysia, banyak perkara negatif tersebar dengan begitu pantas sehingga tanpa sedar, mereka yang turut menyebarkan perkara-perkara sebegitu dan mereka yang beraksi sebagai “keyboard warrior” adalah golongan pembuli siber.

Ini pandangan Tuan Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor tentang isu surat sijil sakit yang telah disebarkan baru-baru ini:

4 Mac 2015, 1:26pm

Grow up you guys. Stop making fun of people.
————-

Mungkin kerana faktor usia. Tapi teringat masa kecil dulu. Sering ditertawa atas pelbagai sebab. Kadang-kadang bentuk telinga pun jadi bahan tertawa kawan-kawan. Mereka panggil Mr Spock (star track). Balik rumah mengadu pada arwah mak. jawab arwah emak sangat osem ‘tak apalah; dia orang bukan nampak pun telinga dia orang macam mana”. Kemudian datang pula zaman “planet of the ape”. ada pula yg panggil (calling names) watak yang ada dalam drama itu macam Urko.

Memanglah kecil hati, rendah diri dan rasa devastated bagi seorang kanak-kanak dan remaja. Tapi it is part of growing up. Tapi ramai dalam masyarakat kita masih lagi tidak keluar dari realm kanak-kanak. Suka menjadikan seseorang dan kesilapan seseorang sebagai bahan.

Kali ini mereka bukan tertawakan kawan dalam kelas atau di padang permainan. Depa (mereka) tertawakan orang ramai ramai dan kongsi membahankan orang di alam maya di serata dunia.

Kesilapan pada surat MC (medical certificate) di capture (siap terpampang nama doktor, klinik dan sebagainya. Diletak dalam FB untuk ditertawa ramai-ramai.

Ada pula yang bertanya doktor mana ni? Dekat mana dia belajar? Dan ada pula yang kata yang tulis tu kerani. Ya itu kesilapan tetapi wajarkah kita menjatuhkan maruah seseorang secara terbuka.

Akhirnya siapa yang kembali malu? Yang mengambil gambar dan menyebarkannya. Doktor dan klinik ada salinan dan ada rekod siapa yang datang mendapatkan rawatan. Soalan yang seterusnya ialah siapa yang menyebarkannya. Saya harap bukan yang empunya badan yang mendapat rawatan. Jika ini klinik panel, dia akan merasa serba salah juga untuk dapatkan rawatan di klinik yang sama.

Dan ingatkan jangan mentertawakan orang kerana Quran bilang ‘mungkin yang ditertawakan itu lebih baik dari kamu’.

LIKE Facebook The Vocket disini