Perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim, seorang pegawai bank yang tahu banyak rahsia telah menarik minat seluruh dunia kerana ia melibatkan keruntuhan empayar bisnes bernilai berbilion dolar yang jatuh sepantas ia bangkit.

Jalil Ibrahim, 34 tahun (1983) adalah penolong pengurus besar bahagian audit di Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) (ia dikenali sebagai CIMB selepas penstrukturan semula) tetapi ditugaskan di anak syarikat BBMB di Hong Kong 6 bulan sebelum kematiannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BBMB ditubuhkan khas untuk membantu bumiputra telah menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk meningkatkan tabungan bank pada tahun 1980. Anak syarikat BBMB, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) ditubuhkan di Hong Kong sebagai satu platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.

Jalil Ibrahim dibunuh sewaktu sedang menjalankan penyiasatan ke atas sebuah kes yang melibatkan wang sebanyak RM2.5 bilion yang telah dipinjamkan oleh BMF kepada Carrian Group yang diterajui oleh seorang warga Singapura bernama George Tan.

Baca: 10 Gambar Ini Masih Menjadi Misteri Sehingga Sekarang. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Mayat Jalil Ibrahim ditemui tanpa sebarang pengenalan diri pada pagi 19 Julai 1983 oleh seorang wanita di sebuah kebun pisang di pinggir Hong Kong. Pihak polis Hong Kong kekurangan petunjuk dan menyangkakan itu adalah mayat orang Cina sehinggalah duit 10 sen Malaysia ditemui di seluar Jalil.

Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai. Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.

Penemuan diari Jalil di pejabat telah mensabitkan Mak Foon Than, ahli perniagaan Malaysia di dalam pembunuhan Jalil. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan kemudian diubah kepada penjara seumur hidup di Hong Kong.

Baca: Kes Kematian Wanita Ini Sungguh Misteri Hingga Anda Patut Ambil Tahu Tentangnya

Kes ini penuh dengan tanda tanya dan motif pembunuhan Jalil menjadi misteri sehingga kini.

“Semuanya sesuai dijadikan filem yang bagus tapi sayangnya ini adalah kisah benar,” kata Rita Gomez, wartawan siasatan Reuters.

Menurut Winsome Lane, wartawan mahkamah Straits Times, rakaman kenyataan Mak berdurasi 5 jam setengah tidak sampai ke mahkamah.

“Kenyataan 24 halaman yang dibuat oleh Mak yang mana dia memberi keterangan ke atas George Tan dan saya rasa terhadap beberapa orang lain di Malaysia hilang secara misteri dan hingga ke hari ini, tiada siapa tahu apa yang berlaku padanya.” jelas Winsome Lane.

Ikuti kisah penuh di video dokumentari bertajuk “Pegawai Bank Yang Tahu Terlalu Banyak” terbitan program Crime Investigation Asia:

https://www.youtube.com/watch?v=4HbUPaATKd0

Baca: Battle Of Bakara Versi Tentera Malaysia Dedah Insiden Sebenar Black Hawk Down

Baca: BNM Batal Kebenaran, Minta 1MDB Bawa Pulang AS$1.83 Bilion

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram