Iran telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung pembunuhan komander tertinggi Iran Jeneral Qasem Soleimani di Iraq pada bulan Januari lalu.

Pasukan pendakwa Tehran Ali Alqasimehr mengatakan Trump dan 35 yang lain menghadapi tuduhan pembunuhan serta keganasan, dan Interpol juga telah diminta untuk membantu menahan mereka.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Namun, Interpol mengatakan tidak akan mempertimbangkan permintaan Iran.

Wakil khas AS untuk Iran mengatakan bahawa waran itu adalah aksi propaganda yang tidak akan diambil serius oleh siapa pun.

Soleimani mati dalam serangan drone dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad yang diarahkan oleh Trump sendiri. Dia mengatakan jeneral itu bertanggungjawab atas kematian ratusan tentera Amerika.

Selepas kejadian itu, Iran membalas dengan menembak peluru berpandu balistik ke pangkalan tentera Iraq yang menempatkan pasukan AS.

“Kira-kira 36 individu telah dikenal pasti terkait pembunuhan Qasem. Mereka mengawasi, bertindak, dan memerintahkannya,” kata Alqasimehr seperti dikutip oleh agensi berita Mehr.

“Ini termasuk pegawai politik dan ketenteraan dari AS dan juga negara-negara lain, yang untuk itu badan kehakiman telah mengeluarkan waran tangkap dan Interpol telah mengeluarkan Notis Merah.”

Trump berada dalam senarai teratas dan penangkapannya tetap akan berlaku walaupun kedudukannya sebagai presiden AS akan berakhir, kata pendakwa raya.

Wakil khas AS Brian Hook berkata, “Penilaian kami adalah bahawa Interpol tidak campur tangan dan tidak akan mengeluarkan Notis Merah atas tuduhan yang berdasarkan sifat politik.

“Ini sifat politik. Ini tidak ada hubungannya dengan keamanan nasional, perdamaian antarabangsa atau mempromosikan kestabilan … Ini adalah aksi propaganda yang tidak dipandang serius oleh sesiapa pun.”

Terdahulu, komander tertinggi Iran telah terbunuh dalam satu serangan udara yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Komander Tertinggi Iran Terbunuh Dalam Serangan Udara Amerika Syarikat Di Baghdad

Amerika Syarikat Bersiap Sedia, Jet Pejuang Iran Berlepas Ke Ruang Udara Baghdad

Justin Trudeau Percaya Wujud Konspirasi Yang Membunuh Ahli Akademi Kanada Dalam Nahas Kapal Terbang Di Iran

Anda Mungkin Suka