Platform TikTok banyak memberikan peluang kepada orang ramai untuk berkongsi minat kepada warganet yang lain, termasuklah melakukan aktiviti paranormal.

Ada yang selesa pergi ke suatu tempat ‘asing’ berseorangan dan ada juga yang lebih suka pergi secara berkumpulan kerana dapat meningkat peluang untuk bertemu dengan makhluk di sebalik mata. Bagaimanapun, tidak semua benda yang dipertontonkan itu boleh kita percaya kerana ada juga yang ‘dibuat-buat’ bagi mengejar jumlah tontonan dan likes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini warganet rasa terhibur dan geli hati apabila akaun TikTok @ceomaribincang telah membongkarkan ‘hantu buatan manusia’ dalam satu rakaman video pendek aktiviti paranormal.

Video itu bermula dengan seorang pemuda melaung-laungkan perkataan ‘hadir hadir’ beberapa kali di dalam kawasan bangunan usang. Dalam beberapa saat selepas itu ternampak satu kelibat seperti ‘kepala’ menunjukkan diri di sebalik pintu yang ada di hadapan pemuda tersebut.

https://www.tiktok.com/@ceomaribincang/video/7073735751388777754?_r=1&_t=8Qea1yOkcZW&social_sharing=v4

Semasa menuju ke arah pintu tersebut, pemuda itu mengucapkan beberapa bacaan doa dan zikir, lalu terdengar bunyi ketukan beberapa kali pada pintu itu.

Ketika pemuda itu membuka pintu tersebut, jelas kelihatan satu susuk manusia memakai baju berwarna cerah, seluar sukan jalur kuning dan berselipar. Pemuda itu segera mengalihkan kameranya merakam situasi di luar bilik.

Beberapa saat kemudian barulah dia masuk semula ke dalam bilik tersebut sambil menjerkah semasa merakam suasana di dalamnya. Sebahagian penonton aktiviti paranormal live itu memberitahu di ruangan komen bahawa mereka ternampak susuk manusia di sebalik pintu itu, namun pemuda itu menafikannya dengan mendakwa bahawa dia berseorangan sahaja ketika waktu itu.

Sumber Gambar: TikTok @ceomaribincang
Sumber Gambar: TikTok @ceomaribincang
Sumber Gambar: TikTok @ceomaribincang
Sumber Gambar: TikTok @ceomaribincang
Sumber Gambar: TikTok @ceomaribincang

Pembongkaran @ceomaribincang itu telah membuatkan warganet berasa geli hati melihat ada netizen sanggup mengada-adakan ‘kewujudan entiti’ semasa melakukan live aktiviti paranormal.

Tambah orang ramai lagi, bukan mudah makhlus halus mahu menunjukkan dirinya di dunia nyata kerana ia ada caranya tersendiri bagaimana mahu memberit isyarat kepada manusia mengenai ‘kehadirannya’.

Semoga kita semua dapat ‘menapis’ video-video yang ditonton agar kita tidak sewenang-wenangnya tertipu oleh warganet yang hanya sekadar membuat konten tidak berfaedah bagi mengisi masa lapang sahaja.

Klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel-artikel paranormal yang pernah menjadi pertikaian warganet sebelum ini.

Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Netizen Kembali Persoalkan Kesahihan Video Ini

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

Kelibat Wanita Misteri Disangka ‘Hantu’ Berjaya Dirakam Kamera, Cetus Tanda Tanya Netizen

Sumber