Kecoh baru-baru ini apabila terdapat beberapa ‘public figure’ yang didapati menipu dalam menggunakan gelaran sebagai pemegang PhD bagi meyakinkan orang ramai mengenai bisnes yang dijalankan.

Memandangkan isu ini merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dipandang mudah, Kementerian Pendidikan Tinggi pada hari ini telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan pangkalan data atau database dimana orang ramai boleh mengetahui kesahihan seseorang individu yang memegang gelaran sebagai pemegang PhD.

Senarai pemegang PhD, tajuk tesis yang dibuat beserta universiti mana yang mengeluarkannya antara berpeluang disemak oleh orang ramai.

Selain itu, para netizen juga berpeluang untuk melaporkan individu yang menggunakan gelaran sebagai pemegang PhD yang tidak sahih kepada pihak polis dan MCMC. Jika disabit kesalahan, ‘pemegang Phd’ berkenaan bakal dikenakan tindakan daripada pihak polis.

Inisiatif yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan bagi mengurangkan skim penipuan yang melibatkan ‘pemegang PhD palsu’ daripada berleluasa. Berikut merupakan sijil palsu yang dikeluarkan universiti luar negara.

Untuk yang menggunakan gelaran ‘doktor palsu’ atau ‘pemegang PhD palsu’ atas apa tujuan sekalipun, hati-hati, anda sedang diperhatikan. Mungkin selepas ini lebih ramai netizen bakal mengetahui ‘penipuan’ yang dilakukan dengan lebih mudah.

Sumber