Pemegang saham Walt Disney Co dan 21st Century Fox Inc bersetuju semalam untuk mengesahkan bidaan USD71.3 bilion (RM289 bilion), gabungan yang dijangka akan merubah landskap dunia hiburan di Amerika Syarikat terutamanya.

Tawaran awal Disney bernilai USD52.4 bilion ditolah selepas Comcast turut membuat bidaan berjumlah USD65 bilion dalam betuk wang sebelum Disney membuat bidaan semula pada nilai USD71.3 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Gabungan 21st Century Fox dan Disney ini akan memberi kesan yang terbaik untuk nilai saham Fox. Saya berterima kasih kepada semua pemegang saham kerana bersetuju untuk menerima tawaran daripada Disney,” Kata Rupert Murdoch pengerusi 21st Century Fox.

Disney dijangka akan membayar USD35.7 bilion dalam bentuk wang tunai dan pemegang saham Fox akan menerima 343 juta unit saham milik Disney sebagai tukaran untuk gabungan ini. Pemegang saham Fox akan mempunyai pegangan sekitar 17% hingga 20% di Disney.

marvel-comics

Dengan ini, semakin hampirlah watak dari franchise X-Men dan Fantastic 4 akan kembali ke Marvel dan dimasukkan ke Marvel Cinematic Universe (MCU).

Berita ini pastinya berita gembira buat semua dan mungkinkah Hugh Jackman akan kembali memegang watak sebagai Wolverine selepas ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi gabungan ini dari pihak Marvel Studios.

Sumber