Samuel Isaiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sam merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Ruchang, Pahang.

Beliau sebelum ini pada 28 Oktober 2020 menjadi tumpuan selepas tercalon sebagai salah seorang top finalis bagi Anugerah Hadiah Guru Global 2020 (Global Teacher Prize 2020).

Pencalonan itu hadir selepas usaha beliau sebelum ini melengkapkan bilik darjah sekolahnya dengan alat teknologi yang sesuai seperti tablet dan komputer bagi mendekatkan anak-anak muridnya yang terdiri daripada orang asli dengan kaedah pengajaran teknologi abad ke-21.

Bagaimanapun, keputusan yang diumumkan pada 3 Disember 2020 oleh penganjur tidak memihak kepadanya untuk merangkul anugerah berkenaan selepas Ranjitsinh Disale dari India diumumkan sebagai pemenang.

Tetapi, keputusan yang tidak memihak kepadanya itu bukanlah pengakhiran kepada perjalanan dan kisah Cikgu Sam kali ini apabila beliau dan finalis-finalis lain turut dijanjikan hadiah wang kemenangan oleh Disale.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Disale melalui portal Hindustan Times, setelah memenangi anugerah tersebut beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan berkongsi 50 peratus daripada kemenangan beliau yang berjumlah AS $1 juta (sekitar RM4.4 juta) itu dengan rakan-rakan finalisnya itu.

global-teacher-prize (1)
Sumber: MYKMU.NET

“Seorang guru selalu berkongsi pengetahuan dan wawasan dengan pelajar. Saya menerima hadiah tersebut kerana karya yang saya telah lakukan untuk guru, pelajar dan untuk bidang pendidikan.

“Jadi, perkongsian 50 peratus wang daripada hasil kemenangan ini saya akan kongsi dengan guru lain kerana ia dapat membantu mereka melakukan apa yang mereka mahu lakukan di negara mereka,” jelas beliau dalam menjawab persoalan mengapa dia memutuskan untuk berkongsi wang kemenangan tersebut.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Malaysiakini, apabila menghubungi Cikgu Sam, perkara tersebut tidak dapat dipastikan lagi kerana Ranjitsinh hanya membuat perjanjian peribadi untuk berkongsi 50 peratus wang hadiah dengan sembilan finalis lain.

Hal demikian bermaksud finalis yang lain akan menerima kira-kira RM225,000 (AS $55,000).

“Kami tidak pasti lagi bagaimana dan bila akan mendapat wang tersebut, kerana tiada (dokumen) hitam and putih setakat ini.

“Jika ia terjadi, sudah pasti dapat membantu kerja saya,” kata Cikgu Sam.

Menurut Cikgu Sam, jika beliau menerima jumlah wang tersebut, ia akan digunakan bagi meneruskan projek dalam membantu kanak-kanak Orang Asli di Pahang antaranya menambah baik instrumen muzik di sekolah tersebut, di samping memperbanyakkan lagi kemudahan teknologi pendidikan abad ke-21 di sekolah tersebut.

Baca juga perkembangan semasa lain yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Gerak Hati Pemuda Malaysia Ini Temukan Kembali Pemilik Dengan iPad Selepas Setahun

36 Tahun Beroperasi, Kilang Sony Di Perai Bakal Ditutup Melibatkan 3,400 Pekerja

Cecah Harga RM73 Sepinggan, Pasangan YouTuber Jepun Ini Temui ‘Nasi Lemak Paling Mahal’

Sumber