Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, pemerintah kota Shenzhen, China telah mengeluarkan larangan memakan daging anjing dan kucing kepada penduduknya.

Terdahulu, para saintis percaya bahawa penularan awal wabak COVID-19 telah berlaku disebabkan budaya memakan makanan eksotik di China. Beberapa tanda awal penularan wabak ini ditemukan di sebuah pasar basah di Wuhan yang menjual binatang eksotik seperti kelawar, ular, musang dan binatang liar lain.

Atas dasar kemanusian dan tanggungjawab, pemerintah Kota Shenzen telah mengeluarkan perintah larangan memakan daging anjing dan kucing yang akan berkuatkuasa pada 1 Mei nanti.

“Anjing dan kucing merupakan binatang peliharaan yang memiliki hubungan paling dekat dengan manusia dibandingkan binatang lain dan larangan memakan anjing dan kucing serta binatang lain merupakan pelaksanaan umum di beberapa negara maju seperti di Hong Kong serta Taiwan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Larangan ini juga adalah respon ke atas semangat peradaban manusia,” kata kenyataan tersebut.

Walaupun parlimen China telah mengeluarkan arahan melarang perdagangan dan penggunaan binatang liar pada Februari lalu. Namun pemerintah kota Shenzhen adalah antara yang paling tegas melarang penduduknya makan daging kucing dan anjing.

Untuk rekod, COVID-19 telah menyerang 1 juta orang di seluruh dunia dengan angka kematian direkodkan melebihi 50,000 orang. Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas selepas Itali dan Sepanyol.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19 di China, klik pautan di bawah.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Sumber