Isu yang agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin sedikit kasar jika saya kata masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai pemikiran kelas ketiga. Dan saya yakin tak ramai orang boleh terima kenyataan bila dilabelkan sebagai individu yang berpemikiran rendah, ego, sukar menerima pandangan orang lain dan menerima realiti. Termasuk diri saya. Hah!

Buktinya, pernah sekali saya ditegur oleh seorang kawan kerana membuang sampah diluar tong sampah. Alasan saya mudah, kerana tong sampah tersebut sudah penuh dan saya masih membuang sampah dalam kawasan ‘sampah’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahu apa kawan saya cakap? “low class mentality, buang sampah bukan dalam tong sampah!”. Dan saya dengan spontan jawab “kau diam, jangan nak acah-acah bagus”. Balas kawan saya “bukti ke 2, kau tak boleh kena tegur, ego!”

Dan saya hanya boleh terseyum sambil ber huhu saja. Hahahha. Tapi elok juga, manusia ni kalau tak diingatkan nanti lupa.

Sumber: Flickr

Berbalik kepada topik. Sedar atau tidak, sebenarnya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap seperti ini. Dalam erti kata yang lain, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mengamalkan sikap kelas ketiga. Tak banyak, sikit. Hahaha.

Mungkin kerana sikap suka ambil mudah atau pentingkan diri ini sudah sebati dengan jiwa. Budaya buruk dengan pendekatan ‘tidak apa’ cukup untuk mengambarkan metaliti kelas ketiga, berfikiran rendah atau sempit yang sering dilihat ada pada perangai kebanyakkan daripada kita.

Bunyi macam pedih dan sukar diterima. Namun realitinya memang begini. Di antara contoh perbuatan yang menggambarkan mentaliti kelas ketiga di Malaysia sering kita lihat.

1. Buang sampah dari kereta, terutama perokok. Silap hari bulan boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang motosikal.

2. Guna parkir OKU atau parkir kereta bukan pada tempatnya sehingga menyusahkan pemandu lain yang mahu keluar masuk.

3. Masuk lif secara berasak-asak tanpa menghiraukan pengguna lif yang mahu keluar.

4. Di pasaraya, tidak ramai yang meletakkan troli yang telah digunakan ke tempat asalnya. Kebanyakkan pengguna meninggalkannya di tempat parkir kereta.

5. Memandu sambil mengguna telefon, tidak pakai tali pinggang keselamatan. Langgar lampu isyarat.

6. Suka kepada hiburan semata-mata. Hiburan yang tidak mendatangkan manfaat. Tidak suka dengan sesuatu yang bersifat educational.

7. Tidak jaga kebersihan tandas awam. Tak pam lepas ‘membuang’.

8. Tidak hormat pada binatang, terutama masalah benci kepada anjing yang melampau tanpa sebab munasabah sehingga mendorong perbuatan aniaya.

9. Dengki dengan kejayaan orang lain. Cepat rasa puas hati dengan kejayaan sendiri dan tidak boleh menerima kritikan.

10. Memandu tanpa memberi signal ketika membelok. Ini yang paling biadap. Bukan kena bayar pun!

Mungkin banyak lagi yang boleh disenaraikan. Oleh kerana menyahut cabaran untuk menjadikan rakyat Malaysia bertaraf ‘world class’, mana yang masih lagi berperangai hodoh tu elok lah diperbaiki.

Dan yang pasal buang sampah luar tong tu saya dah tak buat dah. Kalau penuh pun saya pergi cari tong sampah lain. Serius! Hahaha.