Baru semalam telah tular mengenai seorang pengguna Facebook dengan nama akaun, Hyza Ezany telah meminta warganet membantunya mencari pemilik asal sekeping wang kertas RM10.

Walau bagaimanpun, media sosial sekali lagi membuktikan ‘kuasanya’ apabila pemilik asal wang kertas RM10 tersebut sudah pun berjaya ditemui dalam tempoh masa yang singkat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wang kertas tersebut pernah dimiliki oleh seorang wanita bernama Anne Malar yang kehilangan ayahnya sejak 10 tahun yang lalu. Beliau tidak menyangka akan mendapat semula wang terahkhir pemberian terakhir mendiang ayahnya dahulu.

Menerusi perkongsian wanita tersebut, wang tersebut disimpan Anne Malar Yesudass sejak 21 Mei 2010 dan merupakan pemberian terakhir ayahnya sebagai wang saku ke sekolah pada pukul 7.10 pagi ketika dia berusia 17 tahun, sebelum mendiang ayahnya menemui ajal akibat kemalangan pada hari tersebut.

Lebih menyedihka apabila duit tersebut sebenarnya telah dicuri ketika dia mengikuti satu program pada 1 September 2018 ketika beliau menyertai sebuah kem, membuatkan dirinya begitu sedih kerana itulah kenangan terakhirnya bersama mendiang ayahnya.

Walau bagaimanapun, kesedihan beliau kini terubat apabila wang kertas tersebut kini berada ditangannya semula.

Tersentuh dengan kisah disebalik wang 10 ringgit ini, ramai yang memuji tindakan pengguna Facebook tersebut yang sanggup melepaskan wang itu dan mencari pemilik terdahulunya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook meminta bantuan netizen untuk cari pemilik asal duit berkenaan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Ini Minta Bantuan Netizen Cari Pemilik Duit ‘RM10 Terakhir Pemberian Ayah’

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya