Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pihak berkuasa pernah menyatakan pada 2017 lalu, ‘sambung bayar’, atau amalan menggadaikan kenderaan secara sewa beli daripada bank, adalah kesalahan serius yang boleh menyebabkan pesalah didenda RM30,000, penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini seorang pemilik BMW E36 325i telah berkongsi pengalaman dilanggar oleh pemilik Proton Preve ‘sambung bayar’ yang telah membuat laporan palsu untuk mendapatkan pampasan insurans ekoran kejadian terbabit.

Menurut pemilik BMW tersebut, dia dan seorang penumpang dalam perjalanan ke Genting Highlands melalui Ulu Yam. Semasa mahu melalui selekoh, datang sebuah¬†Proton Preve dari lorong bertentangan yang dipandu laju telah tergelincir dan merempuh bahagian hadapan keretanya sehingga ‘total lost‘.

Pemandu Preve cedera parah, ekoran dia tidak memakai tali pinggang keledar. Manakala pemilik BMW hanya mengalami cedera ringan dan rakannya pula patah jari.

Kira-kira dua minggu selepas kejadian, pemandu Preve dibenarkan keluar hospital dan pemilik BMW bertemu dengannya untuk membincangkan cara untuk menyelesaikan insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, pemandu Preve itu bertindak seolah-olah dia tidak bersalah dan enggan meminta maaf. Difahamkan, dia juga telah melantik seorang ‘peguam’ bagi memudahkan urusan tuntutan pampasan insurans ‘kereta sambung bayar’¬†Proton Preve miliknya.

‘Peguam’ itu berkeras mengarah pemilik BMW untuk mengubah laporan polis dengan menyatakan ‚ÄĒ pemilik BMW masuk ke dalam lorong Preve sehingga menyebabkan kemalangan, untuk menampakkan dirinya bersalah ‚ÄĒ supaya mereka boleh menuntut insurans pemilik BMW dan membayarnya ‘komisen’ sebagai pampasan.

Peguam itu juga memintanya tidak menyerahkan atau berkongsi rakaman video dashcam semasa kejadian kepada mana-mana pihak. Pemilik BMW tidak bersetuju serta-merta dan meneruskan prosedur standard untuk mengemukakan laporan. Tidak lama selepas itu, pemilik BMW mendapat tahu pemandu Preve telah mengemukakan laporan palsu kepada balai polis trafik.

Oleh kerana kereta BMW itu sudah berusia, syarikat insurans hanya dapat menawarkan RM4,000 iaitu 10% daripada jumlah keseluruhan yang pemiliknya telah laburkan untuk membaik pulih dan membina semula kereta tersebut.

Pada masa sama, syarikat insurans akan menyimpan bangkai kereta itu. Oleh kerana merasakan ‘nilai pampasan’ tersebut tidak berbaloi, pemilik BMW telah membuat keputusan untuk menanggalkan semua bahagian komponen dan ‘scrap‘ kereta kesayangannya.

Manakala pemandu Preve pula dinafikan sebarang tuntutan daripada syarikat insuransnya apabila mereka mengetahui bahawa kereta miliknya ‘sambung bayar’, bersama dengan kenyataan palsunya mengenai kemalangan yang terjadi.

Laporan Polis Preve | Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Laporan Polis Preve | Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Pendedahan tu telah meraih perhatian netizen yang marah dengan tindakan pemandu Preve itu memalsukan laporan polis serta menggunakan ‘peguam’ semata-mata mahu pemilik BMW mendengar katanya untuk mendapatkan tuntutan pampasan insurans bagi ‘kereta sambung bayarnya’.

Tambah netizen lagi, mereka meminta orang ramai memasang dashcam pada kenderaan masing-masing kerana rakaman video itu boleh menguatkan lagi bukti semasa membuat cover report di balai polis.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu seorang pemandu Proton Exora meninggalkan mangsa terbaring di atas jalan raya selepas berlaku pertembungan kedua-dua pihak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Tidak Ada Hati Perut’ ‚Äď Pemandu Proton Exora Lari Tinggalkan Mangsa Selepas Jadi Punca Kemalangan

Pemandu Mercedes Tunjuk Lagak Samseng Selepas Dihalang Guna Lorong Kecemasan

Gara-Gara Tidak Sempat Brek, Penunggang Motosikal ‘Naik Angin’ Dakwa Lancer Jadi Punca Perlanggaran

Anda Mungkin Suka