Alat penjejak seperti AirTag sangat berguna untuk menjejaki sesuatu barangan dengan mudah. Malah, kini pemilik binatang turut memasang alat penjejak itu pada binatang peliharaan mereka agar boleh memantau pergerakan secara langsung dengan lebih terperinci.

Menerusi akaun TikTok @osrastays, pemilik kepada kucing bernama Tofu telah berkongsikan video berkisarkan detik-detik cemas misi menyelamatkan kucing kesayangannya yang hilang. Menariknya, mereka berjaya menemukan kucing tersebut kerana telah dipakaikan AirTag padanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @ossrastays

Untuk makluman, kejadian ini berlaku di Singapura dan kemudiannya telah tular di platform TikTok. Difahamkan Tofu telah hilang dan disyaki diambil oleh seseorang tanpa diketahui. Pada mulanya, Tofu dikesan di sebuah tempat letak kenderaan dan kemudian dilihat bergerak ke arah lebuhraya Marina Coastal Expressway.

Dengan menyangka hanya kolar AirTag yang dibuang, mereka tetap bergegas ke lokasi tersebut untuk mendapatkan semula alat penjejak itu. Namun, masih tidak dijumpai dan misi pencarian masih dilakukan memandangkan Tofu masih dikesan di sekitar kawasan tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ossrastays

Dengan AirTag yang masih memberikan petunjuk kucing masih berada di sekitar semak di kawasan berdekatan, mereka masih meneruskan pencarian di kawasan yang dinyatakan. Lalu, seorang kawan turut serta bersama keluarga pemilik pergi ke lokasi semak di tengah-tengah lebuhraya kerana merasa yakin akan kewujudan Tofu yang mungkin menyorok di situ.

Semakin meluru dekat ke semak yang dikatakan, aplikasi FindMy menunjukkan AirTag yang dipakai Tofu berada di situ dan kedengaran bunyi beep yang kuat dihasilkan. Mereka terkejut melihat kelibat Tofu yang benar-benar berada di celah-celah semak tersebut.

@osrastays

📌There’s part 2 on my profile on how Tofu might have escape 🥹 😭 Tofu the cat went missing. He had an airtag around his collar. We opened the app & found him located at Marina Coastal Expressway… In our minds someone must have thrown the tag along the way.. Thankful for friends & family who helped us find Tofu. We are also thankful for Apple Singapore for creating airtags.. Here’s our Tofu Tragedy… Tofu never gave up on us , so did we…We love you Tofu 🥹 #sgfyp #sgtrending #mothershipsg #sgtiktok #tiktoksingapore #catssg #fypシ #viralsg #tiktoksgviral #airtag #airtagsapple #tofuthecatsg

♬ A thousand years – Zeus

Tanpa berlengah, mereka terus mendapatkan kucing berkenaan lalu dibawa masuk ke dalam kereta. Pemilik kucing tersebut bersyukur kerana berjaya menemui kucing dengan adanya bantuan alat penjejak AirTag. Pencarian ini mungkin lebih sukar untuk dilakukan sekiranya tidak dipasangkan AirTag pada kucing itu.

Video ini berjaya meraih tontonan sebanyak 2.2 juta, 299,500 likes dan juga 3,500 komen daripada pengguna platform TikTok. Majoriti netizen sangat bersyukur dengan penemuan ini dan berminat untuk mendapatkan AirTag buat binatang peliharaan mereka sebagai langkah berjaga-jaga jike berlaku perkara sebegini.

Sumber Gambar: TikTok @ossrastays
Sumber Gambar: TikTok @ossrastays
Sumber Gambar: TikTok @ossrastays

Memandangkan AirTag mempunyai rekaan yang kompak, ramai yang meletakkan alat penjejak itu pada beg, kunci atau dompet untuk tujuan penjejakan. AirTag yang telah diintegrasi dengan aplikasi FindMy turut memudahkan pencarian sesuatu barangan melalui satu aplikasi sahaja.

Kini anda boleh dapatkan di Shopee dengan harga serendah RM139 sahaja dan padanan aksesori sudah dijual dengan meluas oleh daripada jenama terkemuka lai.

Sumber