Satu masa dahulu kereta-kereta dibuat untuk pasaran Jepun (Japanese Domestic Market/JDM) boleh didapatkan pada ‘harga mampu milik’. Bagaimanapun, sejak-sejak hari ini, harga sesebuah JDM boleh melonjak ratusan ribu sehingga jutaan ringgit bergantung pada model dan keadannya.

Terbaharu, peminat-peminat model ‘supercar-killer from Japan‘ terkejut apabila mengetahui seorang pengumpul kereta eksotik Amerika Syarikat telah membeli sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune dari Thailand pada harga USD1.98 juta (~RM8.8 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembelian tersebut pernah diumumkan menerusi Facebook GT-R Registry pada bulan Januari lalu, bagaimanapun waktu itu nilai jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tidak didedahkan.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu seorang pengguna Facebook dari Thailand, พิเศษพล สุนิธิ telah memuat naik beberapa keping gambar kereta JDM yang dipercayai masih berada di rumah pemilik asal sebelum diterbangkan ke Amerika Syarikat.

“Ia berharga 70 juta Baht (~RM8.8 juta). Tahniah diucapkan kepada pemilik baharu dari luar negara Amerika Syarikat,” petik hantaran พิเศษพล สุนิธิ.

Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia. Rata-rata ramai terkejut dengan nilai belian itu, ditambah pula walaupun kereta tersebut hampir berusia 20 tahun, kereta JDM tersebut kelihatan masih dalam keadaan baik dari segi luaran mahupun dalaman, serta mengekalkan keaslinya.

Setakat artikel ini ditulis hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 14,000 kali share dan 1,300 komen.

Menurut laman GT-R Registry, model R34 Nismo Z-Tune hanya dihasilkan dalam kuantiti terhad, sekitar kurang 20 unit sahaja untuk seluruh pasaran dunia bersempena ulang tahun ke-20 NISMO.

Beberapa perkongsian pengguna internet memaklumkan bahawa terdapat dua unit model asli di Thailand dan kini hanya tinggal sebuah sahaja. Model kereta yang dijual ini turut hadir dengan ‘beg bimbit carbon fiber‘ yang menyimpan dokumen-dokumen berkaitan kereta berkenaan.

Nampaknya model-model kereta keluaran 90-an sudah menjadi satu ‘pelaburan baharu’ atau ’emas baharu’ pada hari ini. Jika satu masa dahulu harganya cuma puluhan atau ratusan ribu ringgit, namun kini nilainya boleh terus melonjak sehingga mencecah  jutaan ringgit.

Untuk makluman, harga asal untuk sebuah R34 Nismo Z-Tune pada tahun 2003-2004 sekitar ¥17,450,000 (RM579,961) sahaja.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk ketahui kenapa model Nissan GT-R R34 menjadi buruan dunia sehingga ada yang sanggup membayar harganya sehingga jutaan ringgit.

Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun

Kini Berada Di Johor, Model ‘Rare’ Nissan Skyline R34 Dijual Pada Harga RM2 Juta

Persis Model Paul Walker, Pemilik Skyline R34 Ini Mahu Menjualnya Pada Harga RM750,000