Salah satu model telefon pintar yang sedang menjadi buruan ramai adalah iPhone 14 Pro. Ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan iPhone 14 Pro pada harga ‘jackpot’ kerana terdapat sesetengah pemilik yang sedia menjual semula peranti mereka walapun masih baharu.

Namun agak mengejutkan juga apabila terdapat sebuah siaran jualan di dalam kumpulan Faceboook Malaysia iPhone User yang mana si penjual mahu menawarkan iPhone 14 Pro 128 GB pada harga RM3,800 dalam keadaan status ‘telco lock’ dan gelas belakang yang retak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone User
Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone User
Malah, si penjual juga mendakwa peranti ini dalam keadaan baik atau dianggap seperti baharu meskipun gelas belakangnya sudah pecah dan mempunyai isu rangkaian telekomunikasi. Hal ini sekaligus menjadi pertikaian ramai di dalam kumpulan tersebut kerana penjual menyenaraikan peranti ini sebagai tiada masalah.

Sebahagian pengguna menyarankan agar tiada individu yang membeli unit ini kerana masalah telco lock bakal menyusahkan anda di kemudian hari malah gelas belakang yang retak juga memerlukan kos yang tinggi untuk penggantian. Dengan harga yang ditawarkan dilihat sangat tidak masuk akal.

Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone User
Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone User
Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone User

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan iPhone terpakai, anda mesti menyemak nombor IMEI terlebih dahulu dan meminta resit pembelian untuk memastikan ketulenan peranti yang ditawarkan. Hal ini dapat mengelakkan isu yang tidak diingini seperti peranti disenarai hitam dan seumpamanya.

Sumber