Masih anda ingat tentang sebuah kereta kancil ‘legend’ yang dipandu oleh seorang lelaki misteri tular baru-baru ini. Beberapa hari lepas, kereta kancilnya telah disita pihak berkuasa kerana terdapat beberapa kesalahan seperti lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.

kancil_13092019

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EEjVQHQVUAAXvF6

Tetapi, mungkin ramai tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan lelaki tersebut setelah ketiadaan kereta kancilnya yang dipandu hampir ke serata negeri. Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut telah pun menggunakan kenderaan baharu.

Melalu Facebook Penang Kini, gambar terbaharu menunjukkan lelaki misteri ini sedang menuntun sebuah basikal. Dikhabarkan lokasi gambar tersebut adalah di sekitar Jalan Pudu Kuala Lumpur.

image

Perkongsian gambar tersebut mendapat perhatian daripada ramai netizen. Malah, rata-rata neziten meluahkan rasa kagum dengan kegigihan lelaki misteri ini walaupun kereta kancil beliau sudah tiada lagi tetapi beliau tidak putus asa dan masih meneruskan kehidupannya menggunakan alternatif lain.

Screenshot_20190926-151005

Screenshot_20190926-151031

Screenshot_20190926-151044

Screenshot_20190926-151049

Walaupun kisah lelaki ini mendapat perhatian banyak pihak tetapi latar belakang beliau kekal misteri. Buat anda semua, mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah kegigihan lelaki ini dimana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan jangan sesekali berputus asa.

Buat anda yang ingin tahu mengenai kisah lelaki ini dan apa yang terjadi kepada kereta kancilnya boleh klik pautan di bawah. 

Sering Dilihat Serata Negara, Kereta Kancil Unik Ini Akhirnya Ditunda Pihak Berkuasa

Suami Isteri Ini Sanggup Kekal Memandu Kancil Demi Menambah Nilai Hartanah Mereka

 

Sumber