Pada minggu lalu, gempar seorang lelaki telah menembak kereta Myvi dengan pistol angin buatan sendiri kerana marah pada jirannya yang sering kali ‘test power’ ekzos sehingga mengganggu kawasan perjiranan.

Terbaru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan dan juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” katanya dalam kenyataan dibuat hari ini.

vocket-denda-ekzos-bising-3
Sumber Gambar: Utusan

Tambah beliau lagi pihak polis telah diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Beliau menegaskan semua pemilik kenderaan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang membabitkan pengubahsuaian dan mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu.

Seorang lelaki telah ditahan pihak polis kerana menembak kereta Myvi milik jirannya menggunakan pistol angin buatan sendiri kerana berang kerap mendengar jirannya ‘test power’ ekzos.

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

JPJ Kemas Kini Peraturan, Pemilik Kenderaan Boleh Mohon Guna Cermin Lebih Gelap

 

Sumber