Kini semua kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor atau lebih kenali sebagai cukai jalan/roadtax, berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Memetik Free Malaysia Today, Loke berkata dalam satu sidang media hari ini, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kementerian pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Baca Juga:

Beliau berkata Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.

Sumber Gambar: Careta.my

“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.

Pada fasa pertama, kategori kenderaan tertentu masih perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, termasuk yang dimiliki oleh syarikat swasta, warga asing, kenderaan komersial serta kenderaan perkhidmatan awam.

Sumber Gambar: Careta.my

Menteri Pengangkutan menggalakkan orang ramai mendaftar akaun JPJ di https://public.jpj.gov.my/ atau aplikasi MyJPJ (iOS / Android / Huawei App Gallery) untuk mengakses lesen kenderaan motor digital dan lesen memandu mereka.

Tambah beliau lagi, lesen memandu fizikal masih diperlukan untuk warga asing, pemegang lesen belajar memandu dan lesen vokasional, serta permit memandu antarabangsa.

Memetik perkongsian Careta.my, pemilik kenderaan persendirian juga boleh memilih untuk mengekalkan amalan memaparkan pelekat cukai jalan dan menggunakan lesen memandu fizikal sepanjang tempoh pelaksanaan ini.

Sumber Gambar: Careta.my

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.