Sebuah video berdurasi seminit tular di media sosial. Ia melibatkan kejadian di mana sebuah kereta berwarna kelabu telah menghalang laluan Ambulans yang sedang dalam kecemasan.

Video milik @hikumi_85 itu viral di laman Twitter selepas dimuat naik oleh @IniAlannn, sejak semalam ia telah mendapat 2,000 ciapan balas dan lebih 100,000 tontonan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu melibatkan Ambulans yang berada dalam kecemasan dengan siren dibunyikan.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1370546479782264832

Namun ketika melalui lorong kanan, kelihatan Ambulans terbabit dihalang oleh sebuah kereta sehingga memaksa pemandu Ambulans menggunakan pembesar suara.

Walaupun telah diberitahu untuk kekiri, pemandu kereta terbabit tetap berkeras dan tidak berganjak dari kedudukannya.

Kejadian terbabit telah mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan melalui ciapan balas dari netizen, kereta terbabit mempunyai 11 saman polis berjumlah RM2,650.

https://twitter.com/bloomingmisfits/status/1370801158428581889

Pemandu kereta terbabit yang dipercayai bernama Simon Liew memuat naik status di Facebook beliau bahawa dia tidak dengar bunyi siren Ambulans terbabit kerana muzik di dalam kereta dipasang kuat.

Dia turut mengakui kesilapan yang dibuat olehnya dan meminta maaf kepada semua terutamanya Ambulans terbabit.

Kantoi berjimak dalam kereta, pemandu Alza ini nekad larikan diri sambil heret polis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Kantoi’ Berjimak Dalam Kereta, Pemandu Alza Ini Nekad Larikan Diri Sambil Heret Polis

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands

Netizen Kagum Kecekapan Pemandu Proton Satria Elak Kemalangan Di Selekoh