Bagi sesetengah orang, memandu kereta BMW merupakan satu lambang kejayaan dalam hidup. Namun, bagi orang lain pula pemandu-pemandu BMW merupakan pemandu yang menjengkelkan dan patut dielakkan semasa berada di atas jalan raya.

Menurut portal LADbible, satu tinjauan yang dilakukan oleh firma kewangan kenderaan Moneybarn mendapati bahawa pemilik BMW sebenarnya tidak begitu disukai oleh pemandu kenderaan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada bulan April lalu, firma tersebut telah membuat tinjuan terhadap 4,000 responden penduduk UK mengenai pemandu terburuk di jalan raya. Hampir 40% (39.1%) responden menyatakan mereka mempunyai masalah besar dengan pemandu BMW.

Laporan firma Moneybarn turut menyatakan bahawa jenaka — ‘kereta BMW tidak dilengkapi dengan lampu signal‘ — itu diwujudkan oleh orang ramai disebabkan tabiat pemandu BMW itu sendiri.

vocket-pemandu-bmw-paling-bermasalah-1
Sumber Gambar: Google

Tambah firma Moneybarn lagi, mereka telah membuat carian menerusi Google untuk mengetahui apa pandangan orang ramai mengenai pemandu BMW dan mendapati orang ramai telah menggunakan kata kunci yang kurang menyenangkan terhadap pemandu jenama kereta dari Jerman tersebut.

Antaranya ialah ‘kenapa pemandu BMW berlagak?’, ‘kenapa pemandu BMW sangat agresif?’, ‘kenapa pemandu BMW tidak menggunakan lampu signal?’ dan ‘kenapa pemandu BMW dibenci?’.

Menurut Tim Schwarz, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Produk di Moneybarn, menyatakan angka tersebut pasti akan mengejutkan orang ramai.

“Namun, hasil soal selidik kami menunjukkan bahawa pemandu BMW adalah pemandu terburuk di UK (39.1%) dan diikuti oleh pemandu Audi (14.1%).

“Walau bagaimanapun, timbul salah faham d alam kalangan orang ramai mengenai tanggapan pemandu yang menggunakan jenama tertentu seperti BMW atau Audi merupakan pemandu yang teruk.

“Ia sangat subjektif. Tidak kisah apa jenis kenderaan yang anda pandu, ia tidak menjadikan anda seorang pemandu yang lebih baik atau lebih buruk,” terang Tim Schwarz.

Sementara itu seorang pemuda berusia 18 tahun memiliki kereta BMW menggunakan hasil jualan pengedaran dadah.

Miliki Kereta BMW Pada Usia 18 Tahun, Rupanya Beli Guna Wang Edar Dadah

Netizen Kecam Tindakan Pemandu BMW Langgar ‘Abang RELA’ Di Hadapan Sekolah

Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar Mengasuh Anaknya Dipuji Netizen