Sekiranya anda pernah memuat turun filem, siri TV atau anime secara haram dengan cara torrent, pastinya anda cukup tahu dengan laman web popular iaitu YTS. Berjaya menawarkan sejumlah besar filem dan pelbagai perisian yang dimahukan pengguna membuatkan laman ini berjaya mengumpul jumlah pelawat yang ramai.

Dalam pada itu, di sebalik menjadi pembekal filem dan siri TV kepada pengguna yang dilabelkan sebagai pirate, pemilik laman YTS ini dilaporkan telah berkongsi data pengguna yang memuat turun di laman ini kepada pihak berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

yify-homepage-screenshot-e1573132118640

Malah, terdapat isu dimana terdapat pengguna yang telah disaman sebanyak $100,000 (RM418,000.00) kerana disahkan memuat turun secara haram menerusi laman YTS.

Berikutan isu yang berlaku, laman 1337x.to selaku antara laman torrent paling kerap dilawati telah membuang dan menyekat segala kandungan daripada laman YTS daripada dipaparkan di laman web mereka.

Dikecam atas tindakan yang ‘baik’

117840568_1832592856881872_3147862217300479193_n

Meskipun dilabel sebagai pembelot atau penjahat oleh kumpulan yang kerap memuat turun kandungan melalui laman torrent, pengendali YTS dikatakan mempunyai niat yang baik dalam memastikan orang ramai mendapatkan kandungan secara original serta mahu membanteras muat turun secara haram.

Difahamkan pemilik YTS juga kerap bekerjasama bersama syarikat pengeluar filem dalam usaha untuk mengurangkan kerugian disebabkan muat turun secara haram serta membolehkan syarikat pengeluar filem mengenakan tindakan kepada mereka yang memuat turun secara haram.

Setakat ini, dilaporkan pengendali YTS, Senthil Segaran dikatakan memiliki aset bernilai jutaan dollar yang berkemungkinan diterima hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar filem popular.

Ketahui juga mengenai filem Geran yang ‘gagal’ di Malaysia namun mendapat pengiktirafan tinggi di negara luar.

Geran, Filem yang ‘Gagal’ Di Malaysia Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Mat Salleh

Ditayangkan Secara Eksklusif, iflix Didakwa Tidak Bayar Karya Filem ‘Indie’ Tempatan?