Di Malaysia ada ramai individu dalam diam memiliki kereta-kereta unik dan rare yang sangat sukar untuk nampak berada di atas jalan raya. Lebih-lebih lagi kereta tersebut dihasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad untuk pasaran seluruh dunia.

Baru-baru ini dalam satu hantaran dalam Facebook Group ‘Kereta Turbo Untuk Dijual’ menarik perhatian ramai apabila akaun bernama Shubas Bala memuat naik beberapa gambar dua buah kereta Formula 3 Tatuus untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

Baca Juga:

Dalam hantaran itu itu juga menerangkan kedua-dua model kereta lumba itu dikuasakan enjin ‘Renault Sports Racing’ yang melepasi piawaian Formula 3 FIA. Kereta berwarna merah dan hitam itu mempunyai kuasa sehingga 180 kuasa kuda dan seberat 450 kilogram.

Sumber Gambar: Facebook Kereta Turbo Untuk Dijual

Kedua-dua kereta yang didakwa masih boleh berfungsi dengan baik ditawarkan pada harga RM350,000. Dalam masa yang sama kereta itu juga boleh disewa untuk berlumba di Litar Antarabangsa Sepang pada kadar RM15,000/sehari dan RM8,000 ke RM10,000 untuk ditunjukkan dalam acara pameran kereta.

Setakat artikel ini ditulis hantaran itu telah mendapat ratusan komen daripada netizen yang teruja melihat ada individu memiliki kereta lumba itu secara peribadi, bukan sebuah tetapi dua buah dan kini open for sale.

Sumber Gambar: FB Kereta Turbo Untuk Dijual
Sumber Gambar: FB Kereta Turbo Untuk Dijual
Sumber Gambar: FB Kereta Turbo Untuk Dijual
Sumber Gambar: FB Kereta Turbo Untuk Dijual

Jika anda mempunyai minat untuk meneroka ‘hobi baharu’ memandu kereta lumba Formula 3, bolehlah hubungi pengguna Facebook ini sama ada untuk menyewa atau membeli terus kereta lumba tersebut.

Mungkin anda sudah tahu ataupun tidak, terdapat beberapa individu di Malaysia yang memiliki kereta mewah bernilai belasan juta ringgit sebuah seperti Ferrari LaFerrari berwarna ungu, Ford GT edisi terhad dan Bugatti Divo yang cuma dihasilkan 40 unit sahaja di seluruh dunia.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber
  • FB Kereta Turbo Untuk Dijual