Jenama Chicken Royale yang kini mempunyai lebih 10 daripada cawangan restoran di seluruh Malaysia kini dibuka untuk dijual kepada umum. Dalam satu iklan yang disiarkan di laman Mudah.My di bawah tajuk “succesfull chain of restaurants for sale”, jenama ini mahu dijual pada harga RM35 juta.

Restoran yang terdapat di beberapa kawasan tumpuan ini telah bertapak dalam dunia perniagaan selama 7 tahun dan dimiliki oleh 100% oleh muslim. Mereka juga mempunyai kakitangan yang terlatih dan komited penuh dalam menjalankan tugas masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di bahagian penerangan, pemilik menyatakan bahawa harga yang ditetapkan masih boleh dirunding. Selain itu, pemilik turut “mempertimbangkan pembayaran separa dalam bentuk saham yang boleh dipercayai & berharga , atau komoditi seperti emas, atau aset seperti hartanah, dsb. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya 40% mesti datang dalam bentuk tunai.”

Chicken Royale juga mahu menderma sebanyak 2% daripada hasil jualan jenama kepada kakitangan sedia ada sebagai bonus perpisahan antara pengasas dan pekerja bagi meningkatkan semangat mereka bersama dengan pemilik baharu.

Melalui laman sesawang Chicken Royale, perniagaan ini difahamkan bermula dengan sebuah trak makanan dan selepas itu tular di kalangan peminat makanan di Malaysia. Sekarang, mereka mempunyai lebih 11 cawangan dan bercadang untuk membuka lagi 3 cawangan di kawasan tumpuan di Malaysia.