Nezar Mohamed Sabur Batcha, pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh hari ini dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan didenda sebanyak RM12,000.

Hukuman itu dijatuhkan mahkamah selepas beliau mengaku bersalah mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Berita Harian, beliau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Lelaki tersebut sebelum ini yang baru tiba di Malaysia dari luar negara difahamkan menjadi punca kepada tercetusnya penularan kluster Sivagangga di Kedah dan negeri berhampiran.

Sehingga kelmarin, kes positif COVID-19 untuk kluster tersebut menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kekal sebanyak 45 kes.

Restoran itu sebelum ini juga mencetuskan panik apabila dilaporkan tidak merekodkan kehadiran pengunjung sekaligus menyukarkan pengesanan kontak yang bermula dari situ.

Baca perkongsian kami mengenai kluster Sivagangga sebelum ini di pautan di bawah. 

Mahu Elakkan Penularan Wabak, Restoran Nasi Kandar Salleh Diarahkan Tutup Dan Disita

KKM Bimbang, Kluster Sivagangga Berkemungkinan ‘Super-Spreader’

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

 

Sumber