Isu mahu cap dagangan Harimau Menangis oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini mendapat perhatian netizen. Belum habis dengan kecaman, kini muncul pula isu baru.

Terbaru, pengguna Facebook Farhan Yaacob mendakwa resipi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh Aunty Tini Kitchen itu merupakan resipi asal milik restorannya iaitu SIAM di Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Farhan, dia telah berkongsi resipi rahsia tersebut kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini. Percaya atas dasar keluarga, Farhan telah berkongsi resipi tersebut kerana pada mulanya dikhabarkan hanya mahu masak untuk keluarga.

Akan tetapi, Farhan tidak menyangka bahawa resipi tersebut digunakan untuk tujuan komersial. Jelas Farhan lagi, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video berkaitan isu selepas ini tiada siapa yang boleh guna nama Harimau Menangis. Mengulas akan isu Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja disebabkan nama tersebut sudah dipakai lama dan ‘common’.

Tambahnya lagi, hubungannya bersama keluarga Noor Kartini tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga saat ini. Malah, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu yang sama. Apa pula pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas kontroversi yang berlaku ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Tiada Siapa Boleh Guna Selepas Ini’- Netizen Kecam Ibu Neelofa Cuba Trademark Nama Harimau Menangis

Cap Dagangan Harimau Menangis Belum Jadi Hak Eksklusif, Ibu Neelofa Diminta Tidak Dahului MyIPO