Bermula tahun hadapan, pemilik rumah mewah dikehendaki membayar bil elektrik walaupun berjumlah dibawah RM20. Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin.

image

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau terdapat sejumlah besar kondominium mewah, banglo dan rumah teres besar mempunyai bil elektrik berjumlah kurang daripada RM20 sebulan kerana sering tiada penghuni di rumah. Golongan isi rumah ini perlu membayar bil elektrik bermula bulan hadapan kerana mereka bukanlah berada dalam golongan sasar yang patut menerima subsidi.

Langkah ini diambil selari dengan dasar kerajaan yang hanya akan menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar khas untuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan e-kasih. Menurut laporan Bernama subsidi ini akan memanfaatkan 185,000 akaun golongan sasar dengan subsidi bernilai RM40 sebulan berbanding hanya RM20 seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan sebelumnya.