Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura sememangnya dinantikan oleh penduduk kedua-dua buah negara, sehingga deretan kenderaan memenuhi Woodlands Checkpoint sampai berlaku kesesakan pada pukul 12.00 tengah malam, 1 April baru-baru ini.

Sepasang warga Singapura telah berkongsi pengalaman mereka ‘mengembara semula’ ke Malaysia menuju ke utara dengan menaiki kereta elektrik Tesla Model 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal video tersebut, pasangan itu perlu menunggu kira-kira 45 minit selepas pukul 12.00 tengah malam yang lalu untuk melepasi Woodlands Checkpoint bagi memulakan perjalanan mereka.

@sgpikarchu

Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Vacation – Dirty Heads

Setelah melepasi sempadan, mereka meneruskan perjalanan melalui beberapa kawasan sambil mengaktifkan mod auto-pilot. Dalam video tersebut, jelas kelihatan pemandu langsung tidak memang steering, sebaliknya kereta tersebut bergerak berpandukan lokasi yang ditandakan oleh pemandu pada sistem navigasi canggih yang terbina.

Pasangan itu juga turut berkongsi pengalaman menggunakan fasiliti pengecasan serta kos pengecasan kereta Tesla di beberapa lokasi yang terletak di Ayer Keroh, Subang, Bukit Gantang dan Butterworth sepanjang perjalanan mereka ke Utara.

@sgpikarchu

Hope this video is somewhat useful for those driving to to Malaysia with EV. For accurate distance, please use Google Map, the animation is just an estimate. Happy driving! 🤩 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Electric Love – BØRNS

@sgpikarchu

Reply to @jasonnwong Cost of ABB charger, JomCharge @ Caltex Ayer Keroh and Porsche @ Eastern & Oriental Hotel. Charges MAY differ for different locations. #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Lemon Tree – Gustixa

Hantaran video-video tersebut mendapat perhatian warganet yang ‘tumpang gembira’ melihat rakyat dari kedua-dua buah negara kini boleh melintasi menggunakan jalan darat.

Pada masa ramai yang berasa kagum dapat melihat kereta Tesla tersebut dapat mengaktifkan dan menggunakan mod auto-pilot semasa perjalanan sepanjang lebuh raya Utara-Selatan.

Sumber Gambar: TikTok @sgpikarchu
Sumber Gambar: TikTok @sgpikarchu
Sumber Gambar: TikTok @sgpikarchu
Sumber Gambar: TikTok @sgpikarchu
Sumber Gambar: TikTok @sgpikarchu

Menurut pemilik Tesla @sgpikarchu, ramai lagi pemilik Tesla dari Singapura merancang untuk mengunjungi Malaysia bagi merasai sendiri pengalaman baharu memandu kereta mereka dan mencuba fasiliti pengecasan kereta elektrik yang disediakan di beberapa lokasi terpilih.

Semoga pembukaan semula sempadan dapat merancak kembali sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi bagi kedua-dua buah negara jiran ini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Kelab JDT pula menawarkan pengalaman menaiki kereta limosin mewah Hummer untuk meronda mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim

Deretan Kereta Di Woodlands Checkpoint, Rakyat Singapura Tidak Sabar Masuk Ke Malaysia

Sumber