Sekiranya beberapa tahun lalu, ramai yang kagum dengan Uber selaku syarikat startup paling bernilai, kini takhta ini telah dipegang oleh syarikat ByteDance yang berasal dari China.

Buat anda yang pertama kali mengetahui ByteDance, syarikat ini merupakan pemilik kepada beberapa aplikasi yang digunakan ramai termasuk Tik Tok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tik-tok-in-korea

Melalui pelaburan yang baru diterima, syarikat ByteDance sekaligus berjaya dinobatkan sebagai syarikat startup paling bernilai selepas menerima dana sebanyak $3 bilion (RM12.52 bilion) daripada SoftBank. Pelaburan yang diterima ini telah melonjak nilai ByteDance kepada $75 bilion mengatasi Uber yang bernilai $72 bilion.

Meskipun majoriti pengguna merupakan Rakyat China, salah satu daripada aplikasinya iaitu Tik Tok berjaya menular kepada pengguna di Malaysia, Eropah dan Amerika Syarikat. Peningkatan Tik Tok ini secara tidak langsung memberi ilham buat Facebook untuk mencipta aplikasi seumpamanya. Berikut merupakan senarai aplikasi yang dimiliki ByteDance.

0_rNdzf1bUs_G_ipUP

Agak menarik untuk menyaksikan disaat dunia dibanjiri dengan pelbagai aplikasi, aplikasi seperti Tik Tok berjaya menjadi pilihan ramai khususnya generasi Z.

Berbeza dengan Uber yang mahu mengubah industri teksi serta menawarkan sesuatu yang buat e-hailing, aplikasi seakan Tik Tok ini telahpun muncul sebelum ini namun berdasarkan beberapa penawaran terbaru aplikasi ini berjaya mengutip jutaan pengguna.

Baca lagi: Kisah Pengasas SoftBank, Masayoshi Son Yang Menggegarkan Dunia Startup