Lelaki Sepanyol yang juga mastermind disebalik jenama Zara, Amancio Ortega telah mengatasi Warren Buffett untuk memegang gelaran individu kedua terkaya di dunia.

Menurut Bloomberg, kekayaan Amancio Ortega bernilai $71.5 bilion berbanding Buffett yang hanya memiliki $70.2 bilion. Ini menjadikan Ortega individu kedua terkaya dibelakang founder Microsoft Bill Gates, yang mana memiliki nilai kekayaan sebanyak $85.5 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ranking ini bukan saja membuktikan Zara berjaya menjadi antara perniagaan fesyen yang terbesar di dunia tapi juga membuktikan pelanggan lebih cenderung untuk mendapatkan pakaian yang trendy, berkualiti tapi murah.

Syarikat kepunyaan Ortega Inditex, yang memiliki Zara terus berkembang dan kukuh dari semasa ke semasa. Pada Mac, keuntungan syarikat itu dilaporkan meningkat 5% dari tahun sebelumnya, dan ia juga merancang untuk membuka sehingga 480 kedai pada tahun ini. Sekarang, syarikat itu mempunyai lebih 6,600 kedai dan beroperasi di 88 negara di serata dunia, dan menawarkan online shopping melalui e-commerce di 27 pasaran.

Ortega dikenali sebagai individu yang suka mencuba bisnes model yang unik. Sementara kebanyakkan peruncit peruncit lain telah memindahkan produksi ke China untuk mengurangkan kos, Zara masih mengekalkan kilang kilangnya berdekatan dengan HQ mereka di La Coruna. Dengan itu Zara dapat respon kepada perubahan trend dengan pantas dan menghantar produk baru terus ke kedai kedai mereka.

Hari ini, Zara masih mengekalkan strategi famous mereka iaitu memasukkan produk baru di kedai mereka setiap dua minggu. Dan takhta baru Ortega ini membuktikan, pelanggan di seluruh dunia selesa dan gembira untuk berhenti seketika di kedai Zara setiap kali produk baru hadir.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram