Pemimpin gerakan anti-lockdown di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) Audrey S Whitlock tidak dapat mengambil bahagian dalam dua demonstrasi yang dijadualkan bakal berlangsung selepas disahkan positif wabak COVID-19.

FOX29 dalam satu laporannya menyatakan Whitlock adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan laman Facebook ReOpen NC telah diarah untuk mengkuarantinkan dirinya selama dua minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di halaman Facebook tersebut terdapat maklumat bahawa kebanyakan anggota gerakan anti-lockdown adalah pemilik perniagaan dan pekerja yang telah kehilangan pendapatan sehingga memberi kesan kepada sumber ekonomi mereka.

Dalam muat naik di Facebook, Whitlock menulis, “Saya akan terus menuntut hak  setiap hari sehinggalah kita bebas.”

Dia adalah individu yang bertanggungjawab mempersoalkan tindakan lockdown yang dikenakan di tengah pandemi COVID-19, di mana melanggar hak Pindaan Pertama dan hak Pindaan ke-5 dan ke-14. Dia turut menyatakan bahawa dia ‘dipaksa’ untuk kuarantin diri dan sama sekali bagi beliau telah melanggar hak Pindaan Pertama.

Sementara itu, selepas disahkan mengidap COVID-19, Whitlock menyatakan, “Saya masih berada di ruang isolasi/kuarantin di rumah saya seperti arahan jabatan kesihatan daerah. Saya belum menghadiri apa-apa acara untuk ReOpen NC.”

Ketika Whitlock sedang mengkuarantinkan dirinya, kumpulan itu telah mengadakan dua demonstrasi di Raleigh, ibukota North Carolina. Mereka menuntut gabenor negara untuk mempercepat peraturan tinggal di rumah yang diarahkan berlangsung hingga 8 Mei.

Pada demonstrasi minggu lalu, lebih dari 100 penunjuk perasaan menentang arahan penjarakan sosial, manakala mereka juga tidak mempedulikan arahan memakai topeng.

Untuk bacaan lanjut mengenai demonstrasi yang berlaku di AS, klik pautan di bawah.

Ibarat ‘Tunjuk Jari Tengah’ Buat Petugas Kesihatan, Rakyat AS Masih Berkumpul Di Jalanan

Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah