Para pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam berkumpul di Jerusalem pada Khamis lalu bagi mendoakan kesejahteraan dunia yang dilanda wabak COVID-19, lapor Vatican News.

Acara yang mengumpulkan tiga individu dari latar agama yang berbeza ini dilangsungkan di Jerusalem City Hall atas inisiatif Datuk Bandar Jerusalem, Moshe Lion. Selain dari tiga agama ini, pemimpin dari kepercayaan lain juga turut hadir, termasuk Druze dan Bahai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada Vatican Radio sebelum acara berdoa dilangsungkan, Penjaga Fransiskan dari Holy Land, Pastor Franseco Patton menyatakan bahawa setiap agama akan berdoa mengikut tradisi masing-masing.

“Kita akan bersama-sama berdoa kepada Tuhan Yang Mahakuasa agar wabak ini akan berhenti,” kata Pastor Patton.

“Ia penting kerana kita semua percaya dengan akar yang sama ; dan disebabkan akar yang sama ini kita dapat menyatakan dengan iman dan dengan keyakinan doa kita kepada Tuhan Yang Maha Kuasa,” katanya lagi.

Acara ini berlangsung selepas satu kenyataan dikeluarkan pada 21 March lalu oleh para pemimpin Gereja Makam Suci (Latin, Ortodoks Yunani dan Armenia) yang menyatakan harapan mereka bahawa “dalam situasi berbahaya ini semua anak-anak Ibrahim (Abraham) boleh berdoa bersama kepada Yang Mahakuasa untuk meminta perlindungan dan belas kasihan”.

Untuk rekod, Amerika Syarikat telah menjadi negara paling teruk terjejas sejak semalam apabila merekodkan lebih 85,000 pesakit COVID-19. Bagi angka kematian, Itali menduduki tempat pertama dengan lebih 8,000 kematian di negara tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

25,000 Orang Berkumpul Di Bangladesh, ‘Doa’ Supaya Dunia Selamat Daripada COVID-19

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Iran Terjejas, Catat 1 Kematian Setiap 10 Minit Angkara COVID-19

Sumber