Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10. Pelantikan beliau ini bukan sahaja mendapat perhatian toloh politik, malah tokoh agama juga.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Yang Mulia Dalai Lama, ketua pemimpin agama Buddha telah merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10.

“Saya berbesar hati melawat negara anda yang indah pada tahun 1982,” tulis Dalai Lama, “ketika saya dijemput untuk bercakap mengenai keamanan dan tanggungjawab sejagat. Saya juga gembira kerana berpeluang bertukar-tukar pandangan dengan Almarhum Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan pemimpin lain.

“Ini adalah masa yang sangat mencabar. Adalah menjadi harapan saya agar Malaysia akan terus maju dan memberi sumbangan besar kepada keamanan dan kestabilan dunia kita yang semakin saling berkaitan. Saya mendoakan kejayaan anda dalam menghadapi cabaran yang mendatang dalam memenuhi harapan dan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu ucapan yang dimuat naik di laman sesawangnya.

Untuk rekod, sejak semalam Anwar Ibrahim telah menerima pelbagai mesej dan ucapan tahniah daripada pemimpin utama. Antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau adalah pemimpin Indonesia, Jokowi dan pemimpin Turki, Erdoğan.

Semalam, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah mendapat perkenan Istana Negara untuk memimpin Kerajaan Perpaduan yang disertai oleh beberapa parti politik yang lain. Dalam ucapannya semalam, selain BN dan GPS, Anwar juga membuka ruang kepada mana-mana parti lain untuk menyertai beliau dalam blok kerajaan